Friday, November 5, 2010

Cinta! Oh Cinta!
Thursday, 14 October 2010 04:46 .Apabila sesuatu topik diutarakan berkisar cinta, sudah pasti ia akan menjadi topik paling hangat dan paling banyak pembacanya. Walaupun masih banyak perkara-perkara fitrah seperti takut, redha, roja’ (pengharapan) tetapi nampak gayanya fitrah cinta ini lebih menonjol dikalangan kita.

Bayangkan jika tanpa cinta Allah kepada hamba-hambaNya, mungkin sudah digantikan kita dengan umat yang baru kerana betapa kadang-kadang ingkarnya kita kepada suruhanNya dan banyaknya kerosakan pada bumi yang kita lakukan. Kalau tidak kerana cinta Rasulullah SAW kepada umatnya , maka tidak dapatlah kita hidup dalam suasana Islam seperti hari ini.

Apatah lagi jika tiadanya cinta daripada ibu bapa kita, maka tidaklah kita membesar sesihat dan secantik seperti hari ini.

Tidak lupa juga akan rasa cinta yang Allah berikan kepada sepasang lelaki dan perempuan yang mungkin tertarik sesama sendiri atas faktor-faktor tertentu.

Tetapi fitrah suci ini kadang-kadang disalah ertikan oleh pasangan-pasangan yang belum bernikah untuk menyalurkan rasa cinta itu dengan cara yang dipilih oleh mereka sendiri.Lagi parah apabila gejala ini berlaku dikalangan pelajar tidak kira di sekolah menengah atau di IPT.

Mereka lebih selesa untuk bercouple bertahun-tahun lamanya kerana katanya tidak bersedia dan tidak mampu untuk mendirikan rumah tangga lagi. Bila ditanya kenapa bercinta jika begitu? Yang dijawapnya adalah kerana sudah jatuh cinta.

Ketika menghadiri sebuah seminar bertajuk ‘Menuju Cinta Berpaksikan Wahyu’ baru-baru ini, saya amat tertarik dengan petua yang diberikan oleh penceramah berkaitan dengan cara mengatasi jatuh cinta tidak kena masa.

1) Jangan jadikan jatuh cinta sebagai pilihan

Jatuh cinta tidaklah salah tetapi apabila anda tidak bersedia untuk menempuh alam rumah tangga dan masih tidak berkemampuan, mengapa perlu hati disesakkan dengan satu lagi cinta? Lebih-lebih lagi ditujukan bagi adik-adik yang masih belajar di peringkat sekolah dan yang baru melangkah ke IPT. Rumah tanga tidak akan bahagia jika hanya ada cinta sahaja. Tuntutlah ilmu-ilmu berkaitan terlebih dahulu dan dalami ilmu agama. Belajar memikul tanggungjawab dengan melakukan tugasan-tugasan rumah. Bak kata penceramah di seminar, belajar mencintai dan menghargai teman-teman sejantina dahulu.

2) Menjaga pandangan mata

Hal ini telah disebutkan Allah didalam Al-Quran didalam surah an-nur

Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangannya…
Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya…
An-Nur :30 dan 31

Pandangan mata seharusnya bukan sahaja dijaga di alam realiti walhal di alam maya sekalipun. Seorang mukmin tidak sewenang-wenangnya melihat-melihat gambar yang berlainan jantina sesuka hatinya sehingga mampu merosakkan hati.

Bukanlah bermakna,apabila sudah bersedia untuk berumah tangga,maka pandangan mata tidak perlu lagi dijaga. Tetapi menjaga pandangan mata adalah lebih kepada usaha untuk menjaga hati dan diri daripada terjebak kepada perkara-perkara yang tidak diredhai Allah. Bak kata orang tua-tua dari mata jatuh ke hati.

3) Takutkan Allah

Tidak dapat disangkal lagi bahawa poin ini merupakan petua yang paling terjamin daripada terjebak dengan hal-hal yang Allah murka. Seorang hamba yang sentiasa sedar bahawa dirinya setiasa dilihat dan dipantau oleh Allah akan merasa gerun untuk melakukan sesuatu yang Allah tidak redha. Inilah yang dikatakan sebagai ihsan.

Rasululah SAW apabila ditanya apakah ihsan,baginda menjawap,

Kamu beribadah seakan-akan kamu melihat Allah. Jika kamu tidak melihat Allah, ketahuilah bahawa Allah melihat kamu.

Jadi,bagi yang masih belum terjebak dan tidak bersedia, sama-samalah kita perbaiki diri terlebih dahulu. Ramai diantara kita yang ingin bercinta,tetapi tiada ilmu tentang cinta. Maka pelajarilah ia dahulu. Dan belajarlah untuk mencintai Allah terlebih dahulu,maka inshaAllah suatu hari nanti akan Allah kurniakan seseorang yang mencintaiNya untuk mencintai kita hanya keranaNya.

Wallahualam.

Sumber: mukminahmujahidah.wordpress.com (London)

Wednesday, September 8, 2010

KHUTBAH AIDIL FITRI 1431 H

Khutbah Pertama


الله أكبر... الله أكبر... الله أكبر... الله أكبر... الله أكبر... الله أكبر... الله أكبر...
الله أكبر... الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا. لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره المشركون . لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده . لا إله إلا الله والله أكبر . الله أكبر ولله الحمد.

اَلْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَتُوْبُ اِلَيْهِ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ اَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ اَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ اِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. اَمَّا بَعْدُ: فَيَاعِبَادَ اللهِ : اُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِي بِتَقْوَ اللهِ وَطَاعَتِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ. قَالَ اللهُ تَعَالَى فِى الْقُرْآنِ الْكَرِيْمِ: يَااَيُّهَا الَّذِيْنَ اَمَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Hadirin wal hadirat sidang jamaah Aidil Fitri yang dirahmati Allah swt

Pertamanya marilah sama-sama kita memanjatkan syukur yang setinggi-tingginya ke hadhirat Allah swt yang senantiasa melimpahkan rahmat dan nikmatNya kepada kita semua. Rahmat dan nikmat yang tiada terhingga banyaknya sehingga pada pagi ini kita dapat berhimpun di mesjid yang mulia ini untuk bersama-sama melaungkan takbir, tasbih dan tahmid serta melaksanakan shalat Aidil Fitri 1431 H.dengan penuh keimanan dan keikhlasan sebagaimana yang dituntut dan diperintahkan oleh islam. Nikmat Iman dan Islam ini adalah merupakan dua nikmat terbesar diantara nikmat-nikmat Allah yang juga wajib kita jaga dan syukuri. Hidup tanpa iman dan islam tiada nilai disisi Allah swt. Hidup tanpa iman dan islam laksana perahu tanpa kemudi dan tiada arah tujuan, terombang ambing, kesana kemari, resah gelisah dan akan berakhir dengan kebinasaan.Akan tetapi sekiranya iman dan islam ini dapat kita jaga dengan sbaik-baiknya Insya Allah akan memberikan ketenangan bagi hidup kita terarah sampailah kita dipanggil oleh Allah swt dalam kedaan ridho dan meridhoi.
Seterusnya Shalawat dan salam kita hadiahkan keharibaan junjungan kita nabi besar Muhammad saw. Mudah-mudahan kita tergolong diantara ummatnya yang mendapatkan syafaatnya di yaumil mahsyar kelak Amiin.. ya Rabbal ‘Alamiin…

Adapun judul khutbah kita pada pagi yang mulia ini adalah :
Air Mata Sesalan Tawa Kebahagiaan


Hadirin sidang jamaah ِِAidil Fitri yang berbahagia !
Setelah sebulan lamanya kita bersama tamu agung yaitu Ramadhan. Ramadhan datang menziarahi kita dengan membawa segala kelebihan yang berlipat ganda, membawa penawar bagi jiwa, membawa rahmat, ampunan dan pelepasan dari siksa api neraka.
Sehingga nabi saw bersabda :
من صام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
“Siapa yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan di ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”(riwayat Bukhari, Muslim)

Ramadhan datang sebagai madrasah yang mendidik insan agar keluar menjadi manusia yang bertaqwa kepada Allah swt. Inilah dia sebenarnya الغاية الكبرى ( tujuan utama/terbesar) daripada disyariatkannya pusa.
Sebagaimana firman Allah swt :
يأيها الذين أمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”(surah Albaqarah:183)

Tapi kini Ramdhan telah pergi berlalu, setiap pertemuan ada perpisahan, setiap kehidupan ada kematian, setiap sesuatu yang ada di permukaan bumi ini nantinya akan berada di perut bumi, begitulah peraturan hidup ( sunnatulhayah).
Ramadhan berlalu pergi Syawwal pula pengganti. Syawwal ini sebagai langkah bermula lembaran kehidupan kita yang baru. Hari ini bukan saja pakaian kita yang serba baru, akan tetapi yang terpenting adalah suasana hati yang punya keazaman yang baru, semangat dan tekad yang baru, hati yang bening, hati yang bersih penuh dengan cahaya nur keimanan kepada Allah swt. Semakin dalam nur keimanan ini di lubuk hati akan semakin taat insan kepada Ilahi. Hati adalah tempat tatapan Allah swt.
Sabda rasulullah saw :
ان الله لا ينظر الى صوركم ولا الي أجسادكم ولكن ينظر الى قلوبكم
“sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa bentuk kamu, jasad atau penampilan kamu akan tetapi Allah memandang kepada hati kamu”( riwayat Muslim)

Hadirin sidang jamaah aidil fitri yang dirahmati Allah !
Kalau kita perhatikan suasana manusia menjelang 1 Syawwal ini akan kita dapati beberapa keadaan manusia :
Ada yang riang gembira penuh tawa. Ada yang menangis menitikkan air mata. Ada pula yang terlihat biasa-biasa saja.
Begitulah pada zhahirnya, sedangkan pada bathinnya hanya Allah swt saja yang tahu.
Hari ini Allah swt menatap hati-hati kita. Hari ini Allah swt menatap hati para hamba-hambanya. Beruntung dan bergembiralah mereka yang selama ini membersihkan jiwa mereka dan selalu berdzikir kepada Allah swt.
Firman Allah swt:
قد أفلح من تزكى # وذكر اسم ربه فصلى
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan jiwa (dengan beriman), dan ia ingat akan nama tuhannya lalu dia bersembahyang”.(surah Al a’la :14-15)

Firman Allah lagi :
قد أفلح من زكاها # وقد خاب من دساها
“Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mensucikan jiwanya. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotori jiwanya”.(surah Asysyams :9-10)

Sebulan lamanya Ramdhan bersama kita, mendidik jiwa kita supaya meletakkan dan menjadikan kepatuhan dan ketaatan sepenuhnya kepada Allah swt.
Disiang hari Ramadhan kita tinggalkan makan dan minum yang pada asalnya halal bagi kita, akan tetapi karena perintah Allah dan untuk mentaati perintah Allah kita mampu meninggalkannya.
Hubungan jenis suami isteri di siang hari asalnya halal bagi kita, tapi di siang hari Ramdhan kita mampu tinggalkan semata-mata karena mentaati perintah Allah swt.

Muslimin Muslimat sekalian !
Inilah suatu gambaran ketaatan hamba kepada Tuhannya. Sekiranya yang halal bagi kita pun mampu kita tinggalkan demi semata-mata mentaati Allah swt apalah lagi halnya dengan yang haram bagi kita yang memang merupakan larangan Allah swt.
Dibulan Ramadhan kita mampu meninggalkan kebiasaan buruk kita, seperti perbuatan mubazir,mengupat (ghibah), buruk sangka, hasad dengki,iri hati, adu domba, mendengar dan melihat atau menonton perkara-perkara yang tidak dibenarkan oleh syara’(Islam), meninggalkan shalat, menuruti hawa nafsu, mengikuti jejak langkah syaithan dsb.semuanya itu mampu kita tinggalkan dengan menggantikannya dengan amalan yang baik, seperti membaca Alquran, dzikir, shalat sunnah, shadaqah, menghadiri majelis ta’lim dan sebagainya.
Cuma pertanyaanya sekarang adalah,ماذا بعد رمضان ؟ (apa pula ceritanya setelah Ramadhan)?
Disana banyak di kalangan manusia yang kembali kepada kebiasaan buruk mereka yang semula, yang mana ini seharusnya tidak boleh terjadi. Kembali meninggalkan shalat, menuruti nafsu syahwat, mengikuti langkah jejak syaithan yang dilaknat.maka ternodalah kembali lembaran baru kehidupannya yang bersih dan suci.

Allahu Akbar…Allahu Akbar…Allahu Akbar walillahilhamd !

Muslimin muslimat sekalian!
Sebenarnya kita dilahirkan dalam keadaan bersih suci dan kita pun ingin kembali menghadap Allah Yang Maha Suci dalam keadaan suci.
Kita hanyalah menyembah Allah Tuhan Sekalian Alam, bukan menyembah Ramadhan. Ramadhan dapat lenyap tetapi Allah tetap ada dan tiada lenyap selama-lamanya. Allah tetap dipuji setiap lisan, tetap disembah di setiap zaman.
Jadi, mengapa kita bisa taat kepada Allah di bulan Ramdhan namun menentang Allah di luar bulan Ramadhan?!
Ketahuilah muslimin muslimat sekalian bahwa Ramadhan ada buahnya ,ada hasilnya. Maka sebaik-baik buah dan hasil dari Ramadhan adalah ATTAUBAH.(taubat). Taubat dari segala maksiat, taubat dari segala kejahatan, taubat dari segala keterlanjuran. Taubat berarti ruju’ yaitu kembali kepada jalan yang Allah swt ridhoi.
Taubat adalah titik tolak permulaan bagi mereka yang inginkan keampunan Allah dan titik tolak permulaan bagi mereka yang ingin menuju ketaqwaan kepada Allah swt. Dan mereka yang mendapat keampunan dan taqwa ini telah Allah sediakan bagi mereka surga yang luasnya seluas langit dan bumi.
Firman Allah swt
وسارعوا الى مغفرة من ربكم وجنة عرضها السموات والأرض أعدت للمتقين
“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa”.(surah Ali imran : 133)

Allahu Akbar…Allahu Akbar…Allahu Akbar Walillahilhamd!

Telah kita sebutkan tadi bahwa titik tolak permulaan yang mesti kita jalani untuk mendapat keampunan Allah dan mencapai taqwa adalah taubat. Dengan bertaubat akan terbasuh segala dosa, membersihkan segala noda kesalahan yang pernah kita lakukan.
Oleh itu di hari yang fitri ini, mari sama-sama kita menyesali dengan serenar-benar penyesalan akan segala kemaksiatan dan kejahatan yang pernah kita lakukan, menghisab diri (muhasabah diri)sebelum kita dihisab nanti di Yaumilhisab.
Bilakah lagi kita ingin menyesali kalau bukan dari Sekarang, dari detik ini tanpa menunggu dan berlengah-lengah lagi. Menyesal dahulu bahagia kemudian, menyesal kemudian tiada guna.
يوم ينظر المرء ما قدمت يداه
“pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya” (surah Annaba’ :40)

Disaat melihat kitab (buku catatan amal)
لا يغادر صغيرة ولا كبيرة الا أحصاها
“tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar melainkan tercatat semuanya”( surah Alkahfi : 49)
Firman Allah swt lagi
وكل انسان ألزمناه طائره في عنقه ونخرج له يوم القيامة كتابا يلقاه منشورا# اقرأ كتابك كفى بنفسك اليوم عليك حسيبا
“Dan setiap manusia telah kami kalungkan (catatan ) amal perbuatannya di lehernya. Dan pada hari kiamat kami keluarkan baginya sebuah kitab dalam keadaan terbuka. Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung atas dirimu.”(surah Al Isra’ : 13-14)

Sayyiduna Umar ra.berkata :
حا سبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا
“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab”

Berapa banya hak-hak Allah yang tidak kita tunaikan dan berapa banyak hak-hak sesama manusia telah kita abaikan dalam kehidupan ini.
Kita sebagai manusia yang hanya dicipta dari setitik air mani yang hina, kemudian lahir ke dunia tanpa mengetahui apa-apa, tanpa membawa apa-apa jua, kemudian membesar dan dewasa dengan izin Allah. Tiba-tiba berani merasa besar diri, berani menentang perintah Allah, melanggar larangan Allah, enggan, congkak dan tidak mau tunduk kepada arahan Allah swt.
Kita juga sebagai manusia tidak mampu hidup seorang diri, karena kita saling memerlukan antara satu dengan yang lain, seorang ibu atau bapak memerlukan anak-anaknya, anak memerlukan ibu bapanya, suami memerlukan isteri, isteri memerlukan suami, penjual memerlukan para pembeli, pembeli memerlukan penjual, ketua memerlukan anggota , anggota memerlukan ketua. akan tetapi terkadang hubungan antara satu dengan yang lain tidak harmonis, terjadi kedurhakaan dan kezhaliman, terjadi perselisihan dan permusuhan. Kalau tidak secara lahirnya secara bathinnya, kalau tidak secara bathinnya secara lahirnya.

Hadirin wal hadirat sekalian!
Dari segi keterkaitannya dosa manusia terbahagi kepada dua bahagian:
Yang pertama : Dosa yang berkaitan dengan hak-hak Allah swt
Yang kedua : Dosa yang berkaitan dengan hak-hak sesama manusia.

Dari sini, di dalam kitab Riyadusshalihin oleh imam AnNawawi disebutkan bahwa:
Wajib hukumnya kita bertaubat dari setiap dosa dan kesalahan yang terlanjur kita lakukan. Sekiranya dosa atau kesalahan itu diantara hamba dengan Allah maka taubat ada tiga syaratnya:
Yang pertama : meninggalkan perbuatan dosa tersebut. Yang kedua : menyesal telah terlanjur melakukannya. Dan yang ketiga : berazam untuk tidak lagi melakukannya untuk selamanya.
Akan tetapi sekiranya dosa atau kesalahan itu diantara kita sesama manusia maka syarat taubat menjadi empat : tiga seperti yang telah kita sebutkan tadi dan ditambah lagi satu syarat yaitu meminta halal dan kemaafan dari orang yang bersangkutan atau orang yang kita sakiti atau zhalimi.
Jika berbentuik harta hendaklah dikembalikan kepada pemiliknya, jika berbentuk tuduhan dusta hendaklah meminta kemaafannya, dan jika berbentuk upatan atau ghibah hendaklah meminta kehalalan daripadanya.

Hadirin sidang jamaah Aidil Fitri yang berbahagia !
Jika sekiranya kita tidak segera bertaubat maka selama-lamanya kita akan tetap berada dalam kegelapan dan lumpur kezhaliman sekalipun kita berada dalam suasana berhari raya seperti hari ini.
Sebagaimana firman Allah swt :
ومن لم يتب فأولئك هم الظالمون
“dan barang siapa yang tidak bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zhalim”(surah Al Hujarat :11)

Yang pertama : Dosa kita terhadap Allah swt.

Setiap manusia pasti punya dosa, kesilapan dan kesalahan, kecuali para nabi yang ma’shum(terpelihara daripada dosa).
Rasulullah saw bersabda:
كل ابن أدم خطاء, وخير الخطائين التوابون
“Setiap anak Adam berlumur dosa, dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang yang bertaubat”.(riwayat :Attarmidzi, Hakim)
Berapa banyak dosa dan kesalahan kita terhadap Allah selama ini, mengabaikan perintah Allah melanggar laranganNya, bukankah kita ini hamba dan sebagai hamba semestinya patuh terhadap tuhannya?!
Allah berikan kita lautan yang terbentang luas, akan tetapi kita tetap saja tidak mensyukurinya. Allah hamparkan untuk kita tanah yang subur yang mengeluarkan berbagai macam jenis tanaman dengan izinNya, tetapi kita tetap saja tidak bersyukur akan nikmatnya.
Wajarkah seorang manusia yang diberi rezki oleh tuhannya, akan tetapi dengan rezki itu pula dia gunakan untuk berbuat maksiat kepada tuhannya…sekali-kali tidaklah wajar jawabannya.
Sekali lagi, di hari yang fitri ini saya mengajak kita semua…kembalilah kepada fitrah kita. Yaitu fitrah kita sebagai seorang hamba.
Firman Allah swt
وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون
“Tidaklah Ku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk memperhambakan diri kepada Ku (Tuhannya).”(surah Azzariyat : 56 )

Hadirin Walhadirat sekalian!
Kalau hamba di mata manusia mungkin nampak rendah dan hina. Akan tetapi hamba dimata Allah (hamba yang memperhambakan diri kepada Allah) adalah martabat yang tertinggi dan mulia.
Semakin tunduk seseorang memperhambakan diri kepada Allah, maka akan semakin tinggi dan mulia pula derajatnya di sisi Allah Azza wajall.
Allah Maha Tinggi, Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengampun. Oleh itu, mintalah keampunan daripada Allah swt.

Firman Allah swt:
يايها الذين أمنوا توبوا الى الله توبة نصوحا عسى ربكم أن يكفر عنكم سيئاتكم ويدخلكم جنات تجري من تحتها الأنهار

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengampunkan segala kesalahan kamu dan memasukkan kamu kedalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai”(surah Attahrim:8)

Allahu Akbar…Allahu Akbar…Allahu Akbar Walillahilhamd!

Betapa pemurahnya Allah. Mereka yang berlumur dosa, dengan taubat kepadaNya Allah akan hapuskan segala dosanya.
Juga disebutkan di dalam hadits, rasul saw bersabda:
التائب من الذنب كمن لا ذنب له
“seseorang yang bertaubat daripada dosanya seperti tiada dosa lagi baginya”(riwayat Ibn Majah, Tabrany)

Bukan itu saja, bahkan Allah sediakan baginya surga yang di bawahnya sungai-sungai yang mengalir, tetapi yang anehnya mengapa manusia enggan bertaubat kepadaNya, mengapa manusia tidak mau kembali kepadaNya, kembali ke jalan yang diridhoi Allah Azza wa Jall.
Pintu taubat senantiasa terbuka sebanyak manapun dosa dan kesalahan yang kita bawa. Dengarlah hadits saw yang berbunyi:
ان الله يقبل توبة العبد ما لم يغرغر
“sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba sebelum dia mengalami ghargharah(sebelum ruh sampai di kerongkongan)”(riwayat Tarmidzi, Ibn Majah)

Maslahnya hadirin sekalian, kita tidak tahu bilakah maut datang menghampiri kita, karena ajal datang tidak berpesan, tidak mengenal tua ataupun muda.
Berapa banyak telah kita saksikan dan kita dengar, satu demi satu seorang demi seorang sahabat-sahabat kita kawan karib kita wafat dipanggil Allah swt mendahului kita.
Kemarin kita masih bergurau senda bersamanya, saling tertawa berbagi cerita. Tetapi kini hanya pusara yang kita dapati, sunyi redup nan sepi.
Oleh itu sebelum terlambat, sebelum ruh sampai ditenggorokan (ghargharah), selagi hayat masih dikandung badan, sebelum jasad dihimpit bumi, mari kita rebut peluang ini untuk bertaubat kepada Allah swt.kembali ke pangkal jalan , jalan yang diridhoiNya

Allahu Akbar….Allahu Akbar…Allahu Akbar walillahilhamd!

Kemudian yang kedua : Dosa kita antara sesama manusia

Muslimin Muslimat sekalian!
Dosa kita kepada Allah mungkin mudah dimaafkan karena Allah swt Maha Penerima Taubat dan Maha Pengampun.
Yang sukarnya adalah dosa dan kesalahan kita antara sesama manusia. Bagaimana sikap kita yang ingin bertaubat sedangkan kita terlalu banyak dosa dan kesalahan terhadap orang lain, kita sakiti mereka dengan lidah kita, kita sakiti mereka dengan tangan kita, kita sakiti mereka dengan mencuri harta mereka, memakan hak mereka secara bathil.
Berapa ramai manusia yang hatinya cedera dan terluka di sebabkan lidah atau mulut kita.
Berapa ramai diantara manusia yang berbicara dengan ribuan kalimat setiap hari, lidahnya laksana Gergaji yang maju mundur, maju dia makan dan mundur pun dia makan juga, menceritakan hal keburukan orang, ini ghibah namanya, bukankah Allah swt telah berfirman dalam surah Alhujarat ayat 12 yang bermaksud :
“dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain, apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?tentu kamu merasa jijik”.
Berapa ramai diantara manusia yang menyakiti jirannya, sedangkan menyakiti jiran itu sama seperti menyakiti Allah dan rasulNya.
Sabda nabi saw:
من آذى جاره فقد آذاني, ومن آذاني فقد آذى الله, ومن حارب جاره فقد حاربني, ومن حاربني فقد حارب الله عز وجل
“siapa yang menyakiti jirannya sesungguhnya dia telah menyakitiku, dan siapa yang menyakitiku sesungguhnya dia telah menyakiti Allah. Dan siapa yang memerangi jirannya maka sesungguhnya dia telah memerangiku, dan siapa yang memerangiku sesungguhnya dia telah memerangi Allah Azza wa Jall”(riwayat Ibn Hibban)

Dalam perkara ini bukankah nabi kita Muhammad saw telah bersabda :
قال : أتدرون ماالمفلس؟ قالوا : المفلس فينا من لا درهم له ولا متاع, فقال : ان المفلس من أمتي من يأتي يوم القيامة بصلاة وصيام وزكاة وحج ويأتى وقد شتم هذا وقذف هذا وأكل مال هذا وسفك دم هذا وضرب هذا, فيعطي هذا من حسناته ويعطي هذا من حسناته فان فنيت حسناته قبل أن يقضي ما عليه أخذ من خطاياهم فطرحت عليه ثم طرح فى النار.

“bahwa : nabi saw bertanya kepada para sahabat, apakah kamu tahu siapakah orang yang bangkrut/rugi? Para sahabat menjawab : orang yang bangkrut/rugi menurut kami adalah orang yang tiada duit dirham dan habis harta benda, maka rasulullah saw bersabda : sesungguhnya orang yang bangkrut/rugi di kalangan umatku adalah orang yang datang di hari kiamat dengan shalatnya, dengan puasanya, dengan zakatnya, dengan hajinya dan juga dia pernah mengkeji (mengejek) orang yang ini, memberi tuduhan palsu kepada yang ini,pernah memakan harta yang ini, menumpahkan darah yang ini, memukul orang yang ini, maka akan diambil dari kebaikannya dan diberikan kepada mereka yang pernah dia keji dan caci, dan diberikan kepada orang yang pernah dia lemparkan tuduhan palsu, diberikan kepada orang yang pernah dia zhalimi dan dia pukul, dan sekiranya habis kebaikannya sebelum melunasi semua itu, maka diambil pula dosa atau kesalahan mereka tadi dan dipindahkan untuknya kemudian dia dicampakkan kedalam api neraka.(riwayat Muslim, Tarmidzi)

Betapa ruginya seseorang, kebaikan yang selama ini diusahakan di dunia, di akhirat nanti habis begitu saja dibagi-bagikan untuk menutupi kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan antara sesama manusia. Bukan itu saja, bahkan jika kebaikan tidak cukup melunasi kesalahan-kesalahan itu maka dosa dan kesalahan mereka akan diambil dan dipindahkan kepadanya dan penghujungnya adalah api neraka. Nauzubillahi min dzalik…

Oleh itu, nabi saw menyuruh kita untuk menyelesaikan segala dosa dan kesalahan kita sesama manusia di dunia ini sebelum sampai ke mahkamah Tuhan, mahkamah yang manusia tidak berupaya lagi membuat alasan, semua anggota tubuh kita akan bersaksi di hadapan Tuhan Yang Maha Bijaksana. Seperti yang difirmankan Allah di dalam surah Yasin yang selalu kita baca:
اليوم نختم على أفواههم وتكلمنا أيديهم وتشهد أرجلهم بما كانوا يكسبون

“Pada hari ini kami tutup mulut mereka dan berkatalah kepada Kami tangan mereka, memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu pernah mereka usahakan”. (yasin :65)
Dosa dan kesalahan kita dengan ayah dan bunda harus kita selesaikan, dosa dan kesalahan kita dengan sanak saudara harus diselesaikan, dosa dan kesalahan dengan jiran atau tetangga harus diselesaikan, dosa isteri dengan suami, suami dengan isteri ini juga harus diselesaikan.

Muslimin muslimat sekalian !
Dari itu di hari yang fitri atau kesucian ini, mari kita sama-sama saling maaf memaafkan, saling mudah memudahkan, ikhlaskan hati dengan setulus-tulusnya, yang bersalah meminta kemaafan dengan ikhlas dan yang diminta kemaafan dapat memaafkan dengan ikhlas,ambil yang jernih dan buang yang keruh, yang lalu biarlah berlalu, mari kita melangkah bersama ke depan saling bantu membantu dalam ketaatan dan mencegah kemungkaran untuk mengisi sisa usia kita yang tersisa.

Allahu Akbar… Allahu Akbar…Allahu Akbar Walillahilhamd !

Hadirin sidang jamaah Aidil Fitri yang berbahagia !
Setelah hati ini tidak lagi meruncing, setelah hati ini kembali lagi bening, bersih dan meruntun untuk taat kepada Allah swt, barulah jiwa kita ini akan terasa lapang dan tenteram dan memperolehi kemenangan di sisi Allah swt.
Firman Allah swt :
وتوبوا الى الله جميعا أيها المؤمنون لعلكم تفلحون
“dan bertaubatlah kamu wahai sekalian orang-orang yang beriman agar kamu mendapat kemenangan”(surah Annur:31)

Inilah buah yang sebenarnya harus kita petik daripada bulan Ramadhan yaitu TAUBAT kepada Allah swt, kembali kepada jalan keridhoan Allah swt. Tinggalkan dan putuskan hubungan dengan kemaksiatan serta menyesal dengan sebenar-benar menyesal untuk tidak lagi kembali mengulanginya. Dan taubat inilah yang akan membawa kita mencapai ketaqwaan kepada Allah swt.dan ketaqwaan ini akan membawa kita menuju kebahagian masuk kedalam surga terhindar dari api neraka.
Allah swt berfiman :
فمن زحزح عن النار و أدخل الجنة فقد فاز
“ Barangsiapa dijauhkan dari api neraka, dan dimasukkan kedalam surga sungguh dia telah memperoleh kemenangan”(Ali Imran :185)

Hari ini adalah hari kegembiraan bagi kaum muslimin di seluruh dunia,merayakan hari raya Aidil Fitri. Aidil Fitri yang berarti : ‘Aid : berarti kembali, Fitri : berarti kesucian, Aidil Fitri berarti kembali kepada kesucian.Gembira karena dapat kembali kepada fitrah kesucian sebagai hamba, gembira karena hati kembali suci dan bening dapat kembali bertaubat kepada Allah swt yang terkadang diiring titikan air mata penyesalan yang merupakan tanda tawa kebahagian.
Dari itu, hari ini hari Aidil Fitri yang jatuh di bulan Syawwal. Syawwal pula berarti PENINGKATAN yaitu peningkatan kebaikan, peningkata amal ibadah dan ketaatan kita kepada Allah swt.
Jadi, mari bersama kita tingkatkan kepatuhan dan ketaqwaaan kita kepada Allah swt, iringi keburukan yang telah terlanjur dengan kebaikan, dan saling memperkuat hubungan silaturrahim diantara kita. Rasul saw bersabda.
اتق الله حيثما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالط الناس بخلق حسن
“bertaqwalah kamu dimana pun kamu berada, dan iringilah keburukan dengan kebaikan (kebaikan itu akan menghapuskan keburukan) dan bergaullah dengan manusia dengan Akhlak yang baik.
Maka,dalam kegembiraan dan keriangan kita menyambut عيد الفطر ini hendaknya janganlah kita lupa bahawa hari raya kita kaum muslimin adalah ibadat bukan adat,yaitu peningkatan ibadat kepada Allah swt bukannya sekedar upacara tahunan yang dirayakan secara turun temurun, bukan pula pesta kebebasan yang keluar dari batas-batas syara’ (yang disyariatkan oleh islam ) Maka oleh itu Syawwal datang pengganti Ramadlan yang berarti Peningkatan ini, marilah sama-sama kita tingkatkan amal ibadah kepada Allah swt lebih daripada hari-hari sebelumnya, peningkatan lebih mendekatkan diri kepada Alah, peningkatan dari segi mentaati Allah dan menjauhi larangan Alah. Peningkatan kasih sayang antara sesama manusia. Kasih sayang antara anak dan ibu bapa semakin baik, kasih sayang antara suami isteri semakin baik, antara jiran tetangga semakin baik, antara atasan dan bawahan juga tingkatkan kepada yang lebih baik . Saling bertolak angsur dan berlapang dada, saling sempurna menyempurnakan, memahami bahwa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini melainkan para nabi yang ma’shum, setiap kita ada kekurangan dan disisi lain ada kelebihan.

Allahu Akbar…Allahu Akbar…Allahu Akbar Wa Lillahilhamd !

Mungkin ini saja yang dapat saya sampaikan. Mudah-mudahan khutbah yang singkat ini dapat memberi manfaat bagi kita semua. Dan Yang baik itu semuanya datang daripada Allah swt, segala kekurangan datangnya daripada saya sebagai manusia biasa.dan pada hakikatnya baik dan buruk itu daripada Allah swt jua.
بارك الله لى ولكم بالقرءان العظيم ونفعنى واياكم بما فيه من الايات والذكر الحكيم وتقبل منى ومنكم تلاوته انه هوالسميع العليم

أقول قولى هذا وأستغفرالله لى ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات فاستغفروا الله العظيم من كل ذنب انه هو الغفور الرحيم.


Khutbah Kedua


الله أكبر... الله أكبر... الله أكبر... الله أكبر... الله أكبر... الله أكبر... الله أكبر ولله الحمد.
الحد لله الذي بذكره تطمئن القلوب, وبا متثال اوامره تثلج الصدور, نحمده سبحانه وتعالى ونشكره, ونثنى عليه ونكبره, ونستهديه ونستغفره, ونستنجد به ونعظمه, ونتوكل عليه ونستلطفه.
أشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له, وأشهد أن محمدا عبده ورسوله, وصفيه من خلقه وحبيبه, بلغ الرسالة, وأدى الأمانة, ونصح الأمة وجاهد في سبيل الله حتى آتاه اليقين.
ونصلى ونسلم على المصطفى محمد صلى الله عليه وسلم, وعلى آله وأصحابه ومن دعا بدعوته, واقتدى بسنته, وجاهد في سبيله الى يوم لا ريب فيه.
أما بعد , فيا عباد الله ! : اُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِي بِتَقْوىَ اللهِ وَطَاعَتِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ. قَالَ اللهُ تَعَالَى فِى الْقُرْآنِ الْكَرِيْمِ: يَااَيُّهَا الَّذِيْنَ اَمَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ. وقال تعالى : ومن يتق الله يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث لا يحتسب.

ان الله وملائكته يصلون على النبى, يأيها الذين أمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما. اللهم صل على سيدنا محمد, وعلى آل سيدنا محمد, كما صليت على سيدنا ابراهيم, وعلى أل سيدنا ابراهيم, وبارك على سيدنا محمد, كما باركت على سيدنا ابراهيم, وعلى آل سيدنا ابراهيم في العالمين انك حميد مجيد.
وارضى اللهم عن ساداتنا أبي بكر وعمر وعثمان وعلي وعن الصحابة أجمعين وعن التابعين ومن تبعهم باحسان الى يوم الدين

Akhirnya, hadirin sekalian! marilah kita tutup khutbah ibadah shalat Ied kita pada hari ini dengan berdo’a.Marilah sama- sama kita menadahkan tangan memohon kepada Allah Yang Maha Kuasa.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اَلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ اِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعْوَاتِ.

Ya Allah, ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mu’minin dan mu’minat, baik yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Dekat dan Mengabulkan do’a

Ya Allah… Yang Maha Mendengar, Maha Menatap, Maha Menyaksikan pertemuan ini.. Engkaulah Allah Yang Maha Tahu atas diri kami yang sebenarnya, tiada yang tersembunnyi bagiMU Ya Allah Yang Maha Agung… Engkau tahu setiap lirikan mata dan niat di balik lirikan…Engkau tahu apa yang ada dalam benak peikiran kami, Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui setiap tutur kata, Maha Tahu setiap dusta yang kami ucapkan.. Engkaulah Allah Yang Maha tahu setiap orang yang terluka hatinya, Engkaulah Allah Yang Maha Tahu setiap kebusukan hati kami, riya’ di balik amal-amal kami, sombong dan takabburnya diri kami.. Engkaulah Allah Yang Maha Tahu segala kedengkian di hati ini terhadap orang yang diberi rizki oleh Mu…Engkau Maha Tahu maksiat yang terang-terangan maupun maksiat yang sembunyi- sembunyi. Saat ini kami dihargai bukan karena kemuliaan yang kami miliki, akan tetapi kami semua dihargai karena Engkau masih menutupi kebusukan kami yang sebenarnya, andaikata Engkau berkehendak membeberkannya tiada satupun yang dapat mengahalangnya.
Ya Allah…hanya Engkaulah yang memebuat kami masih dihargai orang lain, amal yang kecil dan sederhana Engkau tampakkan kepada orang lain sehingga orang lain mengangguk, menghormati dan menghargai kami.
Ya Allah ! andai kata esok lusa hidup kami berakhir, maka tiada satupun yang dapat menyelamatkan kami selain karunia Mu ya Allah…amal yang kami miliki,…sholat jarang khusuk itupun hanya sisa waktu, amal shadaqah kami hanya sisa uang, andai kata kami menolong dan berbuat kebaikan jarang ikhlas. Puasa yang kami lakukan di bulan ramadhan pun kadang hanya perut saja yang puasa, mata tidak pernah berpuasa, hati tidak berpuasa.
اللهم تقبل منا صلاتنا وصيامنا وقيامنا وسائر أعمالنا يا أرحم الراحمين
.
اَللَّهُمَّ انْصُرْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ النَّاصِرِيْنَ وَافْتَحْ لَنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الْفَاتِحِيْنَ وَاغْفِرْ لَنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الْغَافِرِيْنَ وَارْحَمْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الرَّاحِمِيْنَ وَارْزُقْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الرَّازِقِيْنَ وَاهْدِنَا وَنَجِّنَا مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِيْنَ وَالْكَافِرِيْنَ.

Ya Allah, tolonglah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi pertolongan. Menangkanlah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi kemenangan. Ampunilah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi pemberi ampunan. Rahmatilah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi rahmat. Berilah kami rizki sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi rizki. Tunjukilah kami dan lindungilah kami dari kaum yang dzalim dan kafir.

اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ لَنَا دِيْنَناَ الَّذِى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا وَأَصْلِحْ لَنَا دُنْيَانَ الَّتِى فِيْهَا مَعَاشُنَا وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنَا الَّتِى فِيْهَا مَعَادُنَا وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لَنَا فِى كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لَنَا مِنْ كُلِّ شرٍّ

Ya Allah, perbaikanlah agama kami untuk kami, karena ia merupakan benteng bagi urusan kami. Perbaikkanlah dunia kami untuk kami yang ia menjadi tempat hidup kami. Perbaikkanlah akhirat kami yang menjadi tempat kembali kami. Jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan bagi kami dalam setiap kebaikan dan jadikan kematian kami sebagai kebebasan bagi kami dari segala kejahatan.

اللهم اجعلنا من العائدين الفائزين المقبولين اللهم نسألك الخير فى كله عاجله وآجله ما علمنا منه وما لم نعلم ونعوذ بك من الشر فى كله عاجله وآجله ما علمنا منه وما لم نعلم
ربنا ظامنا أنفسنا وان لم تغفرلنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين
Ya Allah…ampuni jika selama ini kami kami sering mengkhianati Mu ya Allah… meremehkan keagungan mu menyia-nyiakan nikmat dari Mu, ampuni segala kezhaliman dan kedurhakkaan kami kepada kedua orang tua kami,Engkaulah yang Maha Tahu perasaannya, mereka yang sealu tabah mengasuh dan menjaga kami sejak kami kecil ya Allah,selamatkan ibu bapak kami ya Allah, shalehkan sisa usianya, berikan kesempatan kepada kami untuk membahagiakan dan memuliakannya, jadikan akhir hayatnya husnul khatimah ya Allah, lindungi dari fitnah kubur, hindarkan dari fitnah jahannam.
اللهم اغفرلنا ولوالدينا وارحهما كما ربيانا صغارا.
ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين اماما
Ya Allah… ampuni seluruh anggota keluarga kami, Engkaulah Yang Maha Tahu keadaan rumah tangga kami. Jadikan para suami menjadi suami yang jujur,dan yang shaleh , yang dapat mempertanggungjawabkan rumah tangganya di hadapanMu.jadikan para suami yang dapat memberikan nafkah yang halal pada kami ya Allah, jangan biarkan kami meracuni keluarga kami dengan harta yang haram.
Ya Rabb … jadikan para muslimah, yang menjadi isteri hamba-hamba Mu ini menjadi isteri yang shalehah, isteri yan mulia akhlaqnya, isteri yan dapat menjadi penyejuk rumahtangga kami, isteri yang dapat membimbing keluarga bahagia dunia dan akherah.
Ya Allah…titipkan kepada kami keturunan yang lebih baik daripada kami, jangan biarkan terlahir dari kami makhluk durjanah, beri kesanggupan kepada kami untuk mendidik anak-anak dengan benar ya Allah, , muliakanlah akhlaknya lembutkanlah hatinya, jadikanlah hari-harinya menabur doa untuk kami, lindungi dari fitnah zaman yang menjerumuskannya, lindungi dari orang-orang yang akan mencelakakanya, lindungi dari kesesatan yang membinasakannya, utuhkan keluarg kami sampai kesurga Mu ya Allah..

Ya Allah… Ampuni para ulama dan guru-guru kami, dan orang-orang yang berbuat baik kepada kami….
ya Allah…selamatkan orang-orang yang pernah kami sakiti selama ini, ampunilah dan buatlah mereka bisa memaafkan kami… juga ampuni orang-orang yang pernah menyakiti kami ya Allah, jadikan kami menjadi pemaaf yang tulus.


اللهم آت نفوسنا تقواها وزكها أنت خير من زكاها أنت وليها ومولاها .

اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه ، وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه. اللهم إنا نسالك الهدى والتقى والعفاف والغنى. اللهم ارفع مقتك وغضبك عنا . اللهم لا تدع لنا في مقامنا هذا ذنبا إلا غفرته ولا هما إلا فرجته ولا دينا إلا قضيته ولا حاجة من جوائج الدنيا إلا قضيتها ويسرتها يا رب العالمين. اللهم أعز الإسلام والمسلمين وأذل الشرك والمشركين ودمر أعداءك أعداء الدين.

ربنا لا تؤاخذنا ان نسينا أو أخطانا. ربنا ولا تحمل علينا اصرا كما حملته على الذين من قبلنا. ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به. واعف عنا واغفر لنا وارحمنا أنت مولانا فانصرنا على القوم الكافرين.
اللهم انا نسئلك رضاك والجنة ونعوذ بك من سخاتك والنار اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا.
رَبَّنَا اَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. آمين...آمين...آمين يا رب العالمين.

الله أكبر... الله أكبر...
الله أكبر... الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا. لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره المشركون . لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده . لا إله إلا الله والله أكبر . الله أكبر ولله الحمد.

Disusun oleh : J H
Cairo, Mesir 19 Ramadhan 1431 H/ 29 Agustus 2010.

Tuesday, May 4, 2010

MUTIARA HIKMAH



بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah swt dalam surah Al baqarah ayat 269:
يُؤْتِى الْحِكْمَةَ مَن يَشَآءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِىَ خَيْرًا كَثِيرًا
Maksudnya: Allah memberikan Hikmah kebijaksanaan(ilmu yang berguna)kepada sesiapa yang dikehendakiNya(menurut aturan yang ditentukanNya)Dan sesiapa yang diberikan Hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak.

Berdasarkan firman Allah swt ini,ingin saya memaparkan kepada anda sekelian beberapa potongan mutiara hikmah untuk dikongsi.Semoga menjadi panduan dan amalan bersama.

Ilmu dan Hikmah

Firman Allah swt dalam surah Al alaq ayat 1 – 5:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِى خَلَقَ ﴿1﴾ خَلَقَ الإِنسَـنَ مِنْ عَلَقٍ﴿2﴾ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ ﴿3﴾ الَّذِى عَلَّمَ بِالْقَلَمِ﴿4﴾ عَلَّمَ الإِنسَـنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿5
Maksudnya:Bacalah(wahai Muhammad)dengan nama Tuhanmu yang menciptakan(sekalian makhluk).Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.Bacalah,dan Tuhanmu yang maha permurah.Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahiunya.

Sabda Rasulullah saw:
لكل شيء طريق و طريق الجنة العلم
Setiap perkara ada jalan,dan jalan untuk ke syurga ialah ilmu.

Berkata Imam As Syafie:
Tuntutlah ilmu sebelum kamu menjadi pemimpin,apabila kamu menjadi pemimpin maka tiada ruang untukmu menuntut ilmu.

Seorang bijak sana pernah berkata:
Ilmu yang tidak bermanfaat umpama ubat yang tidak menyembuhkan.

Masa

Firman Allah swt dalam surah Al asr ayat 1 – 3:
وَالْعَصْرِ﴿1 ﴾ إِنَّ الإِنسَـنَ لَفِى خُسْرٍ﴿2﴾ إِلاَّ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّـلِحَـتِ وَتَوَاصَوْاْ بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْاْ بِالصَّبْرِ ﴿ 3
Maksudnya:Demi masa!.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Sabda Rasulullah saw:
نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس الصحة و الفراع
Dua nikmat yang manusia sering terpedaya padanya iaitu nikmat kesihatan dan kelapangan

Kata Imam Hasan Basri:
Sesungguhnya kamu wahai manusia ibarat bilangan,apabila berlalu bagimu satu hari bererti telah berlalu sebahagian daripadamu


Seorang bijak sana pernah berkata:
Siapa yang menghabiskan masa mudanya dengan sesuatu keadaan ia akan berada pada keadaan yang sama di masa tua kelak

Ibadat dan amalan

Firman Allah swt dalam surah An nahl ayat 97:
مَنْ عَمِلَ صَـلِحاً مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَوةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ﴿ 97
Maksudnya:Sesiapa yang beramal salih,dari lelaki atau perempuan,sedang ia beriman,maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik,dan sesungguhnya kami akan membalas mereka,dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.

Sabda Rasulullah saw:
لن يشبع مؤمن من خير حتى يكون منتهاه الجنّة
Orang mukmin tidak akan puas untuk melakukan kebaikan sehinggalah balasannya adalah syurga

Berkata Imam As Syafie:
Kebaikan dunia dan akhirat terletak pada 5 perkara iaitu:kaya diri,menahan diri daripada kejahatan,mencari rezeki yang halal,sifat taqwa,sentiasa meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap Allah.

Seorang bijaksana pernah berkata:
Sebaik-baik kebaikan adalah iaitu membantu orang yang memerlukan pertolongan.

Tasawup dan akhlak

Firman Allah swt dalam surah Al qalam ayat 4:
وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ ﴿4
Maksudnya:Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia.

Sabda Rasulullah saw:
الإحسان أن تعبد اللّّه كاأنك تراه فإن لم تكنْْ تراه فإنه يراك
Ehsan adalah kamu menyembah Allah seolah - olah kamu melihatnya.Jika kamu tidak mampu mencapai darjat tersebut,maka yakinlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan dirimu.

Telah berkata Imam Al Ghazali:
Bagaimana bayang akan lurus sedangkan pohon itu bengkok?

Imam As Syazuli pernah berkata:
Diantara tanda selamat di dalam beragama adalah tidak tamak terhadap makhluk.

Akhirat dan kematian

Firman Allah swt dalam surah Al qasas ayat 83:
تِلْكَ الدَّارُ الاٌّخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لاَ يُرِيدُونَ عُلُوّاً فِى الاٌّرْضِ وَلاَ فَسَاداً وَالْعَـقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ﴿83
Maksudnya:Negeri akhirat(yang telah diterangkan ni'mat-ni'matnya)itu,kami untukkan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Sabda Rasulullah saw:
اللهم لا عَََيْْشََ إلا عيشُُ الأخرة
Ya Allah,tiadalah kehidupan(sebenar)melainkan kehidupan di akhirat.

Berkata Saidina Ibnu Abas R.A:
Tiada kerehatan bagi orang beriman melainkan setelah bertemu dengan Allah.

Berkata Syaidina Othman R.A:
Tempatnya Cuma dua:syurga atau neraka,pilihlah untuk dirimu dimana kamu ingin berada.

Peringatan dan nasihat

Firman Allah swt dalam surah Adz dzaariyaat ayat 55:
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ ﴿55
Maksudnya:Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.

Sabda Rasulullah saw:
الدّّينُ النََّّصيحة
Agama Islam itu terbina di atas nasihat - menasihati

العَذاب إذا نزل عمّ
Azab itu jika turun akan melata

الدنيا تهرب من الطّّالب منها و تطلب من الهارب منها
Dunia lari dari orang yang memburunya dan memburu orang yang lari daripadanya.

Berkata Imam As Syafie:
Tuntutlah ilmu sebelum kamu menjadi pemimpin,apabila kamu menjadi pemimpin maka tiada ruang untukmu menuntut ilmu.

Seorang bijak sana pernah berkata:
Ilmu yang tidak bermanfaat umpama ubat yang tidak menyembuhkan.

PERINGATAN:bukanlah kata-kata hikmah ini cuba untuk disamaratakan dengan keindahan bahasa Al-Quran dan Al-Hadith.Secara jelas kitab suci Al-Quran dipenuhi dengan hikmah itu sendiri.Hadith pula tidak kurang hebatnya dan baginda SAW adalah penghulu seluruh ahli hikmah.

oleh:ahluhum

Monday, April 26, 2010

Nikmat Dunia



Nikmat manusia adalah duniawi dan nikmat yang paling baik adalah disisi allah s.a.w.yakni syurga sepertimana firman allah dalam surah ali imran ayat ke 14:
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Maksudnya:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Didalam ayat ini Allah swt telah menceritakan kepada kita nikmat-nikmat dunia. Nikmat yang disebutkan di dalam ayat ini adalah kecintaan kepada wanita, atau apabila wanita bererti kecintaan kepada lelaki. Disebutkan nikmat ini terlebih dahulu kerana nikmat inilah yang paling banyak menguasai hidup manusia, bahkan di dalam sebuah hadith disebutkan bahawa wanita-lah sebaik-baik kesenangan dunia. Rasulullah bersabda: ”Dunia itu suatu kesenangan ; dan sebaik-baik kesenangannya adalah wanita shalehah” (H.R. Muslim)
Namun mesti diingat, melalui nikmat ini pulalah syaitan banyak memperdaya; sehingga Rasulullah memper-ingatkan kita: ”Tidak ada satu fitnah-pun yang lebih besar sepeninggalku nanti bagi lelaki melainkan wanita”. [H.R. Bukhari dan Muslim]
Harta kekayaan adalah nikmat yang Allah berikan kepada manusia untuk kesenangan dunia.Dan harus dingat kesenangan itulah membuatkan kita lupakan Allah yang telah memberikan kepada kita kesenangan dan kita lalai dalam kesenangan,meninggalkan apa sahaja suruhanNya mengerjakan apa yang dilarang.Terus bergelumang dosa dengan nikmat yang Allah berikan.
Namun yang mesti difahami adalah; apabila Allah yang menjadikannya indah maka tujuannya untuk membahagiakan manusia, tetapi apabila syaitan yang menjadikan indah maka tujuannya untuk menyengsarakan manusia. Ujung ayat itu menerangkan kepada manusia bahawa jangan mencukupkan diri dengan memperoleh nimat-nikmat di dunia ini sahaja, tetapi mestilah berusaha untuk mendapatkan nikmat-nikmat yang lebih baik dan lebih sempurna lagi; iaitu yang akan diterima di akhirat kelak.
Didalam ayat ini disebutkan bahawa akhirat sebagai tempat kembali (maab) kerana di tempat itulah manusia kembali menemui Tuhan mereka, kerana sesungguhnya kita datang daripada Allah dan kita akan kembali kepada-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat nikmat di dunia ini dan juga di akhirat nanti, Aamiin.
sumber( Tafsir Al-Ma’rifah karangan Dr. Musthafa Umar).

Friday, April 16, 2010

Meruntuh Pyramid Hati


Firman Allah swt dalam surah Arra’du ayat 11:

لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

yang bermaksud : “ sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri “.
Hadits rasul saw yang bermaksud : ketahuilah bahwa sesungguhnya di dalam jasad ada segumpal daging, apabila ianya baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila ianya rosak maka rosaklah seluruh jasad, ianya adalah hati. ( riwayat Bukhari dan Muslim ).
Yang dimaksudkan hati dalam hadits ini adalah hati dari segi ma’nawi atau dalaman dari jiwa insan itu sendiri, tidak ada seseorang pun yang mengetahuinya melainkan Allah swt.
Sebenarnya tumpuan atau fokus dan sasaran tarbiyah adalah hati, oleh itu dalam menjalani proses tarbiyah kita harus sentiasa menyediakan hati, terutama dalam setiap kali pertemuan tarbawi yang kita ikuti. Penyediaan hati ini terlalu penting karena menentukan sampai atau tidaknya tarbiyah kepada sasarannya. Berapa ramai mereka yang mengikuti program tarbawi tetapi tidak menyediakan hati maka laksana mengukir diatas air, Sedikit atau ramai bilangan bukanlah menjadi neraca penilaian kita akan tetapi bersedia atau belum bersediakah hati seseorang menerima tarbiyah itu sendiri.
Kalaulah boleh ana ibaratkan disini, ketika melihat Pyramid dan sungai Nil di Mesir ini terkadang ana berfikir bahwa jika seseorang itu ingin menerima siraman tarbawi maka terlebih dahulu dia harus meruntuhkan Pyramid yang ada pada hatinya dan merobahnya menjadi lembah sungai Nil.
Sebanyak apapun air yang yang dituangkan diatas puncak Pyramid itu namun air tidak akan bertahan diatas puncak, air mengalir kebawah, Pyramid tetap kering, puncaknya tetap meruncing meninggi diri. Lain pula halnya dengan lembah sungai Nil dengan kerendahan hati sentiasa bersedia menerima. Airnya tetap tenang, bahkan memberi banyak manfaat bagi kehidupan manusia, sehingga ada yang mengatakan kalaulah tidak ada sungai Nil maka tidak ada pula Mesir.
Jadi, selama seseorang itu tidak meruntuhkan Pyramid hatinya dan merobahnya dengan lembah sungai Nil, maka selama itu juga dia akan sukar menerima tarbiyah atau hatinya belum bersedia menerima tarbiyah itu sendiri.
Hati kita harus menyerah sepenuhnya kepada tarbiyah ( Islamiyah ) barulah akan membawa perubahan terhadap diri. Kita perlu berjanji dengan Allah dengan satu perasaan yang penuh yaqin bahwa kita tidak berada dalam keadaan terpaksa ataupun dipaksa untuk menerima tarbiyah ataupun melaksanakan tarbiyah, karena kita merasa tarbiyah ini adalah sebahagian daripada kehidupan sepertimana udara dan air, karena kesehatan iman kita bergantung kepada tarbiyah, tarbiyah kita kurang berkesan di antaranya adalah di sebabkan hati yang kurang persediaan.
Kalau hati sudah terpaut dengan tarbiyah niscaya hati akan mudah dirasuk hidayah. Semoga Allah swt menetapkan hati – hati kita berada dalam tarbiyah islamiyah ini dan diberi kekuatan juga kemampuan untuk sentiasa berusaha merobah diri kearah yang lebih baik dalam meningkatkankan ketaatan dan memperkukuh hubungan dengan Allah swt.

Oleh:
ibn_rum@yahoo.com

Saturday, April 10, 2010

Manusia,Malaikat&syaitan




Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!nak ke kuliah
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke kuliah..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? nanti belajar sendiri kat rumah

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia
- Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
firman allah:

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا( 7)َفَأْلهَمَهَا ُفجُورَهَا وَتَقْوَاهَا( 8)َقدْ َأفَْلحَ مَنْ زَكَّاهَا( 9)وََقدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

Maksudnya:
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang
sesuai dengan keadaannya);
8- Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang
membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;

9-Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambahtambah
bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10- Dan sesungguhnya hampalah
orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya
(dengan sebab kekotoran maksiat). (Surah Asy-Syams 91: Ayat 7-10)

*Kesemuanya terserah diri kita untuk menentukan hala tuju kehidupan kita.Segalanya telah allah kurniakan kepada kita.Kalau kita inginkan kebahagian akhirat insyallah kebahagian dunia akan mencari kita,tapi kita terlalu megejar dunia yang fana ini makanya rugilah pada akhirat nanti.Moga moga kita tergolong daripada muslim yang bertakwa.

Wednesday, April 7, 2010

SERSAN

Serius Tapi Santai (SERSAN)suasana seperti ini haruslah diwujudkan dalam proses melalui wasilah-wasilah tarbiyah yang ada, terutamanya pertemuan mingguan kita (usrah) serius bukanlah terlalu tegang dan juga santai bukanlah terlalu longgar. Jika terlalu tegang maka suasana akan terasa seram dan kaku sehingga sukar untuk kita mendapatkan idea-idea antara satu dengan yang lain dikalangan anggota, begitu juga jika terlalu longgar ditakuti suasana akan berubah menjadi suasana yang lalai. Sekiranya ada unsur yang akan menjurus kepada suasana lalai ini seperti gelak ketawa atau senda gurau maka cepatlah dipadamkan sebab ditakuti kita akan tidak serius dalam membicarakan prihal Din kita.
Oleh itu kita harus memahami betul-betul tujuan tarbiyah dan kepentingannya yang cukup besar. Dan sekiranya kita laksanakan hanya sambil lewa tanpa keseriusan maka tujuan yang kita ingini mustahil akan dapat dicapai, karena pertemuan tarbawi telah berubah menjadi pertemuan biasa, lebih-lebih lagi masa pertemuan yang sangat terbatas dan singkat mestilah dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Gelak ketawa dan senda gurau memang terkadang diperlukan dalam kehidupan tapi cukuplah ianya hanya ibarat asam garam didalam makanan.
Jadi untuk mewujudkan suasana serius tapi santai ini perlu adanya kerjasama antara satu dengan yang lain supaya dapat memberi kesan perubahan kepada yang lebih baik untuk mencapai tujuan tarbiyah islamiyah itu sendiri.
Oleh:
ibn_rum@yahoo.com

BUKAN IMAN YANG MANDUL

Ini salah satu ciri kita, apa pun perkaranya kita ingin cuba kaitkan dengan ke imanan atau hubungan kita dengan Allah Subhanahuwata’ala. Perkara iman ini kita akan ulang-ulangkan selalu tanpa jemu, ini trend kita, dan sekiranya ada yang tidak suka akan trend ini maka dia akan didapati berbeza.
Sebab Iman ini adalah merupakan ruh, apa yang berlaku sekiranya tubuh tanpa ruh? tubuh akan kaku tidak bergerak, ataupun ketika ruh kita dipegang oleh Allah Subhanahuwata’ala untuk sementara waktu (tidur) tubuh tidak bergerak kalaupun bergerak ianya dibawah sedar dan tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Tapi jika ruh tersebut dimasukkan kembali maka tubuh akan bergerak semula dan sedar apa yang berlaku di sekelilingnya.
Jadi, begitu juga halnya dengan keimanan seseorang, iman (iman yang sebenar) laksana ruh, iman inilah yang menggesa kita untuk melakukan amal sholeh dan iman ini jugalah yang menyekat kita dari melakukan amal tholeh dan iman ini jugalah yang memacu kita dalam menegakkan amar makruf dan nahi munkar.
Iman yang sebenar adalah iman yang membuahkan amal (muntij) bukan iman yang mandul (‘aqim) karena amal adalah pembuktian dari keimanan. Rasulullah saw mengisyaratkan “Iman bukanlah sekedar angan-angan atau dakwaan akan tetapi suatu penetapan di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan (musnad Addailami)”. Lagi pula kita tidak mau melaksanakan satu taklip atau tanggungjawab tanpa ruh (syuur keimanan). Karena satu taklip tanpa ruh (syuur keimanan) akan menjadi suatu bebanan yang dirasai sangat berat, atau akan menjadi suatu tanggungjawab yang mati dan tidak bersemangat.
Jadi kita perlu sentiasa jaga supaya setiap tanggungjawab kita mempunyai ruh atau kita lakukan diatas kesedaran iman. Dan juga supaya kita merasai kelazatan dalam menjalankan sesuatu taklip ataupun tanggungjawab.
Oleh itu kita perlu sentiasa sentuh, ulang-ulangkan, memupuk dan menyegarkan keimanan serta merawat jiwa kita dengan rawatan rabbani, sebab bukan mudah untuk memperolehi syuur keimanan yang seperti ini. Allah Subhanahuwata’ala berfirman ’’Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah (Al Baqarah :165)’’ dan di dalam hadits disebutkan ’’apabila iman itu telah merasuk kedalam hati seseorang dia akan merasa lapang, tenteram dan tenang’’.( riwat At Tarmizi )
Itu sebabnya kalau sesuatu perbincangan yang di sana sedikitpun tidak menyentuh tentang iman atau perbincangan yang tidak membuahkan amal, tidak mengarah kepada perubahan dan peningkatan diri, ini kita anggap sebagai satu kerugian besar.
Mudah-mudahan tulisan singkat ini bermanfaat bagi kita semua. Ana minta ma’af jika tulisan ini tidak sepertinya dan sentiasa membuka pintu pembenahan seluas-luasnya.
Oleh:
ibn_rum@yahoo.com

Wednesday, March 24, 2010

SYAKHSIYAH MUSLIM


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sahabat2 sekalian ya dirahmati Allah swt !
Pertama-tama dan buat selama -lamanya marilah kita merafa’kan syukur yang setinggi-tingginya kehadhirat Allah swt karena dengan limpah karunia dan izinNya kita masih mendapat peluang untuk mengecapi nikmat kehidupan. Yang mana hidup ini sendiri adalah merupakan suatu nikmat yang patut kita syukuri, karena dengannya kita masih memiliki kesempatan untuk menambah bekalan pulang menghadap Allah swt. Walaupun kehidupan di dunia ini hakikatnya terlalu singkat dan sekejap akan tetapi sangat menentukan bahagia atau tidaknya kita kelak di akhirat.
Seterusnya shalawat dan salam sentiasa kita hadiahkan keharibaan junjungan kita nabi besar Muhammad saw.
Pada kesempatan yang berbahagia ini ana ingin menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan Syakhsiyah Muslim atau dalam bahasa kita di sebut dengan Keperibadian Muslim.
Memang kalau kita lihat kepada masyarakat kita hari ini sama ada dia bersifat masyarakat ataupun sebagai anggota-anggota masyarakat itu sendiri yang terdiri daripada orang-orang islam, bukanlah kita ingin cuba menafikan sesuatu yang mungkin, kalau sekiranya diteliti halus-halus dan dibandingkan dengan apa yang telah ditunjuk ataupun dijelaskan dan ditarbiyahkan oleh junjungan kita Muhammad saw terhadap para sahabat ra maka kita dapati dari segi syakhsiyah ini sama ada dari segi syakhsiyah jamaiyah atau dari segi syakhsiyah fardiyah memang didapati berbeza, dan mungkin sukar pada masakini kita ingin dapati sama ada jamaah atau individu suatu syakhsiyah yang menepati kehendak Din Islam.
Dan ini tidaklah aneh karena kita tahu bahwa dari segi sejarah kita dapati bahwa umat islam itu sendiri melalui berbagai-bagai keadaan dan pergulatan. Dan kita tahu juga bahwa musuh-musuh islam sentiasa berusaha dan merancang merusak umat islam itu sendiri khususnya dari segi syakhsiyahnya.
Jadi, bilamana umat islam dan juga anggota-anggota dalam masyarakat, keluarga itu sendiri tidak memiliki Syahksiyah Islamiyah dalam arti sebenarnya maka timbullah keadaan-keadaan atau permasalahan-permasalahan dalam kehidupan umat islam itu sendiri.
Masing-masing mentafsirkan Syakhsiyah mengikut pendapat atau fikiran masing-masing, ‘’ini orang bersyakhsiyah’’, ‘’orang ini bagus pandai bergaul, boleh bercampur dalam macam-macam keadaan dan suasana’’, ada pula yang melihat ‘’orang ini wara’ punya syakhsiyah tinggi’’, ada pula yang menilai “ini orangnya ibadahnya kuat sembahyang tahjjud selalu, dan macam-macam lagi penilaian dalam menilaikan Syakhsiyah dengan penilaian dan selera masing-masing.
Jadi,gambaran Syakhsiyah Islamiyah yang sebenarnya itu tidak jelas, kecuali manakala kita kembali melihat kepada junjungan kita Muhammad saw dan para shahabat ra maka barulah kita akan nampak dari segi kejelasan Syakhsiyah Islamiyah dalam arti kata sebenarnya. Adakah kita hanya ingin lihat dari sudut ibadat semata-mata, atau dari sudut pergaulan, percakapan, pakaian Sebab itu bilamana Sayyidatuna ‘Aisya ra ditanya bagaimana akhlaq ataupun syakhsiyah rasul saw, maka Sayyidatuna ‘Aisyah dengan ringkas menjawab ‘’khuluquhu Alquran’’ akhlaknya atau peribadinya ialah Alquran Al Karim.
Walaupun jawapan Sayyidatina ‘Aisyah amat ringkas ‘’Akhlaknya atau peribadinya ialah Alquran” tapi dari situ kita dapat faham bagaimana kita ingin sedut atau ambil dan istinbat bahwa Alquran itu sebagai Syakhsiyah Muslim atau kita katakan Syakhsiyah Islamiyah dalam artikata sebenarnya.
Oleh itu kita dapati sekarang ini dimana-mana saja sebagaimana yang kita sebutkan sebelumnya sangat sukar untuk kita dapati suatu syakhsiyah yang lengkap sama ada pada individu dan juga pada jamaah atau masyarakat.
Jadi beberapa ulama telah mencoba menjelaskan atau menerangkan kembali Syakhsiyah Islamiyah ini ataupun keperibadian muslim dan muslimah. Dari itu untuk membentuk sifat-sifat, perilaku dan tindakan seseorang atau jamaah ataupun ummah supaya dengan itu terbentuk atau lahir satu syakhsiyah Islamiyah atau Syakhsiyah Muslim maka perlu ditentukan beberapa hubungan :
Bagaimana hubungan seorang muslim dengan Allah swt
Bagaimana hubungan seorang muslim dengan dirinya sendiri
Bagaimana hubungan seorang muslim dengan dua ibu bapanya
Bagaimana hubungan seorang muslim dengan isteri atau muslimah dengan suaminya
Bagaimana hubungan seorang muslim dengan anak-anaknya
Bagaimana hubungan seorang muslim dengan saudara mara atau keluarganya
Bagaimana hubungan seorang muslim dengan jirannya
Bagaimana hubungan seorang muslim dengan kawan-kawanya
Bagaimana hubungan seorang muslim dengan masyarakatnya

kita perlu tentukan semua hubungan ini, bagaimana kita ingin berinteraksi dengan semua ini atau bagai mana seseorang itu ingin tentukan sikap atau tingkah lakunya terhadap semua perhubungan tersebut.
Jadi bilamana kita dapat lahirkan hubungan yang betul dengan apa yang kita sebutkan diatas maka barulah dapat melahirkan syakhsiyah-syakhsiyah ataupun Keperibadian Muslim dalam artikata yang sebenarnya mengikut apa yang telah ditunjuk oleh Al Quran Al Karim dan Sunnah rasulullah saw.
Disediakan oleh:
JH
Sumber: kitab Syakhsiyah Al Muslim ( Dr Muhammad Ali Hasyimi)

HINDARKAN SIKAP TASWEEF


ISLAM menganjurkan kepada penganutnya supaya bersegera dalam melakukan kebaikan dan ketaatan, serta dapat mendahulukan kepentingan yang utama ( aulawiyyat) daripada yang lainnya. Ini semuanya agar seorang muslim tidak tertipu dengan kenikmatan dunia yang terbatas dan melupakan kenikmatan akhirat yang tiada batas. Renungkanlah firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa ( Al Imran :133)
Janji yang tidak tertunaikan, amanah yang tidak tersempurnakan, tugas atau pekerjaan yang tidak terselesaikan, kerugian dan penyesalan, ini semua disebabkan oleh adanya sikap Tasweef serta tidak menggunakan sepenuhnya kesempatan dan masa yang diberikan. Bukanlah seseorang itu tidak cukup masa akan tetapi seseorang itulah yang sebenarnya tidak pandai menggunakan masa.

MAKNA TASWEEF
التأخير والمماطلة، يقال: سوَّف يسوف أي: أخر يؤخر، فتراه يؤجل العمل ولا يسرع في تنفيذه
''Mengakhirkan dan menunda-nunda, atau dikatakan tidak bersegera melaksanakan suatu pekerjaan''. Dan yang kita maksud disini adalah mengakhirkan atau menunda-nunda pelaksanaan suatu pekerjaan atau tuntutan tanpa ada keuzuran yang dibenarkan.
Sikap selalu menunda – nunda ini terkadang berlaku di berbagai bentuk dan sudut kehidupan. Janji yang di janjikan terkadang tidak di tepati pada waktunya bahkan terabaikan begitu saja. Tugas dan amanah terkadang di lengah - lengahkan sehingga banyak tugas- tugas yang terbengkalai dan banyak amanah yang tidak terlaksana.
Pelaku maksiat ('Ashi) atau seseorang yang punya kebiasaan buruk mungkin berkata : Aku akan bertaubat atau esok aku akan bertaubat. Akan aku tinggalkan atau setelah begini..begini…baru akan aku tinggalkan, hari demi hari berlalu namun tiada perubahan bahkan sampai kepada mautnya yang datang tiada disangka atau di jangka. Firman Allah SWT :
"Dan tidaklah tobat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: "Sesungguhnya saya bertobat sekarang" Dan tidak (pula diterima tobat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih ''(An Nisaa' ayat : 18 ).
Dan sulit juga untuk dinafikan bahwa penyakit ini juga berjangkit kepada muslim yang menunda –nunda shalatnya di kala waktu telah tiba dan suara azdan telah bergema. Maka di sini akan nyata dikalangan hamba yang mementingkan kehendaknya daripada memenuhi panggilan Allah SWT Sang Pencipta. ''Lafaz Takbir (ALLAHU AKBAR) bukan hanya syiar yang di kumandangkan, akan tetapi ALLAHU AKBAR bermakna wahai akhi muslim : engkau menjadikan perkara dunia ini kecil di matamu yang besar hanyalah Allah SWTsemata. Sekiranya di hadapkan kepadamu harta benda, pangkat dan kedudukan, atau dunia dan seisinya yang menggoncangkan agama mu berpeganglah dengan agama mu dan Allah Maha Besar daripada harta kekayaan, Allah Maha Besar daripada kedudukan, dan Allah Maha Mesar daripada panggilan syahwat dan keinginan''.( dr Yusuf Al Qaradlawy)
Walau bagaimanapun shalat di awal waktu adalah perkara yang lebih afdlal, karena shalat merupakan tiang agama, orang yang sentiasa memelihara shalatnya mencerminkan kesuksesan dan kekukuhan agamanya.
وعن ابن مسعود رضى الله عنه قال: سألت رسول الله أيّ الأعمال أفضل؟ قال : الصلاة على وقتها. قلت: ثم أي؟ قال : بر الوالدين قلت: ثم أي؟ قال: الجهاد في سبيل الله". (متفق عليه).
Dari ibn Mas'ud ra. Dia berkata : aku bertanya kepada rasulullah saw. Apakah amalan yang paling afdlal ? rasul SAW menjawab : shalat pada awal waktunya, kemudian apa ya rasulallah? rasul SAW menjawab : berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kemudian apa ? rasul SAW menjawab jihad fi sabilillah. ( Imam Bukhari, Imam Muslim )
DIANTARA SEBAB-SEBAB TIMBULNYA SIKAP TASWEEF
1.Keluarga yang kurang berdisiplin dan Berteman dengan orang-orang yang pemalas dan selalu berlengah-lengah.
قال صلى الله عليه وسلم :المرء على دين خليله, فلينظر أحدكم من يخالل (أبو داود و الترمذي)
Rasulullah SAW telah bersabda : "seseorang itu diatas anutan ( jejak ) temannya, maka hendaklah diantara kamu benar – benar meneliti dengan siapa dia berteman". (Riwayat Imam Abu Daud Dan Imam At tarmidziy)
2. Lemahnya kemahuan atau bermalas – malas diri. Ini termasuk jenis nafsu manusia yang buruk yang disebut ( An Nafs Ammarah Bis Suu') yang kecenderungannya memembawa manusia untuk suka berehat dan memngikuti keinginan syahwat, serta tidak suka kepada mujahadah dan sedikit kesusahan ( masyaqqah).
3. Panjang angan – angan serta lupa akan kematian dan hari akhirat.
''Ketahuilah olehmu bahwa seseorang yang akan menemui dua orang saudaranya yang satu akan ditemuinya esok hari dan yang satu lagi akan ditemuinya sebulan atau setahun lagi, tentu ia akan siap bersedia bagi menyambut saudaranya yang akan ditemuinya di esok”. Bersedia untuk perkara yang lebih dekat atau yang hampir.( Imam Al Ghazali )
''Sesungguhnya setiap manusia yang kluar dari rumahnya tidak mengetahui apakah ia kembali dalam keadaan hidup atau mati, ia keluar tidak mengetahui apakah ia kembali membawa atau ia yang dibawa. Sesungguhnya baju yang di pakai kamu tidak tahu apakah tanganmu yang akan melepaskannya atau terlepas di tangan si pemandi mayat''.( Yusuf Al Qaradlawy)
4. Menganggap ringan suatu perkara dan tidak mengambil berat kepada perkara yang utama ( aulawiyyat). ''sebenarnya setiap musibah yang menimpa seorang hamba di sebabkan oleh tindak kejahatannya, maka seringkali hamba yang meringan-ringankan perkara akhirat dan ia juga takut siksaan Allah di dunia kebanyakan disebabkan kecuaian dan kebodohannya"( Imam Al Ghazali).
SEBAHAGIAN KESAN DAN BAHAYA TASWEEF
1.Kerugian dan penyesalan pada waktu dimana disana tiada lagi berguna penyesalan. Firman AllahSWT:
''Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin ''( As Sajdah : 12).
''Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh''.( Al Munafiqun : 10)
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong ( lagi )". ( Azzumar : 54).
2. Menumpuk dosa dan pekerjaan , sehingga sukar baginya untuk bertaubat begitu juga dalam menyelesaikan pekerjaan.
3.Terdinding daripada bantuan dan petunjuk Allah SWT, karena Allah SWT tidak akan memberi bantuan dan petunjuk bagi mereka yang bermalas- malas. Dan bantuan Allah swt akan diberikan kepada orang-orang yang punya mujahadah mendekatkan diri kepadaNya. Firman AllahSWT :
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik".( Al Ankabut : 69).
PENCEGAHAHAN SIFAT TASWEEF
1.Perlunya pengawalan diri dan punya 'Azam yang kuat. Tiada hari tanpa amal kebaikan karena di akhirat tiada lagi amal melainkan balasan. Letih dan penat hari ini untuk berehat di esok hari lebih baik bagimu daripada berehat hari ini dan berpenat letih di esok hari.
2.Menjauh daripada teman pemalas dan suka bertangguh - tangguh. Perhatikanlah hadits SAW :
"مثل الجليس الصالح والجليس السوء، كحامل المسك ونافخ الكير، فحامل المسك إما أن يحذيك وإما أن تبتاع منه، وإما أن تجد منه ريحاً طيبة، ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أن تجد منه ريحاً خبيثة"( متفق عليه)
yang bermaksud ''perumpamaan berteman dengan orang yang shaleh dan tidak shaleh adalah seumpama pembawa minyak wangi dengan seorang pandai besi, sama ada pembawa minyak wangi akan memberimu atau kamu membeli darinya ataupun kamu hanya mendapatkan keharumannya. Sedangakan seorang tukang pandai besi sama ada akan membakar pakaianmu ataupun kamu terhidu bau yang tidak sedap.
3. Selalulah ingat kematian dan hari akhirat. Kematian itu akan datang dengan tiba –tiba. Maka bersegeralah dalam beramal shaleh. Rasul SAW bersabda :
وعن ابن عباس رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لرجل وهو يعظه :"اغتنم خمسا قبل خمس : شبابك قبل هرمك ، وصحتك قبل سقمك ، وغناك قبل فقرك ، وفراغك قبل شغلك ، وحياتك قبل موتك " رواه الحاكم .
Dari Ibn Abbas RA. Ia berkata: telah berkata rasulullah SAW kepada seorang lelaki seraya mengingatkannya: rampaslah yang lima sebelum datang yang lima: masa muda mu sebelum datng masa tua mu, masa sehat mu sebelum datang masa sakit mu, masa kaya mu sebelum datang masa fakir mu, masa lapang mu sebelum datang masa sibuk mu, masa hidup mu sebelum datang kematian mu. ( Riwayat Imam Al Hakim ).
وعن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال : " خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا أيها الناس توبوا إلي الله قبل ان تموتوا ، وبادروا بالإعمال الصالحة قبل ان تشغلوا ." رواه ابن ماجة .
Dari Jabir bin Abdullah RA. Ia berkata: telah berkhutbah rasulullah SAW di hadapan kami maka beliau SAW berkata: wahai manusia! Bertaubatlah kamu kepada Allah sebelum datang kematian mu, dan bersegeralah kamu melaksanakan amal – amal Shaleh sebelum datang masa sibuk mu. (Riwayat Ibn Majah).
Akhirnya, semua perubahan yang di inginkan bersumber dari dorongan jiwa ( dalaman ), jiwa yang lemah akan menghasilkan tindakan yang malas dan lambat, dan jiwa yang kuat akan menghasilkan tindakan yang cergas dan cepat. Firman Allah SWT dalam surah :
Sesungguhnya Allah tidak akan merobah sesuatu kaum sehingga kaum itu merubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri.
''perubahan pada suatu ummat tidak akan terjadi melainkan dengan merubah individu, perubahan tidak akan terjadi pada individu melainkan dengan merubah jiwa ( dalaman), dan perubahan jiwa tidak akan sempurna melainkan dengan tarbiyah dan takwin''. (Hasan Al Banna).
Sumber :
Alquran Al Karim, Hadits Nabi SAW.
Ihya' ulumuddin, imam Alghazali.-Khutab As Syeikh Al Qaradlawy, juzu' 7.-At Tasweef Fi Manzhuril Islami, Dr Nadiah Muhammad Sa'id. -Falnabda' bianfusina, Dr Majdi Hilali.
Di susun oleh :
JH

Saturday, March 20, 2010

Dunia Mihrab Ibadah


Pertamanya marilah kita terus-menerus bersyukur ke hadhirat Allah SWT kerana kita dipanjangkan umur dan diberi kesempatan lagi untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah ini dalam rangka mengabdikan diri atau berubudiyah kepada Allah. Dan kita mengharapkan semoga hidup kita ini diberkati dan diredhai oleh Nya.
Untuk itu maka kita, sama ada individu, keluarga, masyarakat dan umat hendaklah membina kehidupan Islam dari semua sudut (aspek) : kita dikehendaki menjadi Muslim dari sudut aqidah, menjadi Muslim dari sudut ibadah, menjadi Muslim dari sudut akhlaq dan keperibadian, menjadi Muslim dari sudut aqal pemikiran dan cara berfikir, menjadi Muslim dari sudut sosial, mencari rezeki dan sebagainya.
Pendekkata seluruh aspek kehidupan kita hendaklah berada dalam acuan (shibghah) Islam, barulah nanti kehidupan kita seluruhnya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.
Dan barulah hidup dan kehidupan kita seluruhnya menjadi ibadah kepada Allah dalam artikata sebenarnya, menepati firman Allah dalam ayat 56 Surah ad Dzariyaat :


Maksudnya: “ tidak Aku (Allah) ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah (memperhambakan diri) kepada Aku (Allah )“
Akhi Muslim Sekalian !
Apabila Allah SWT telah tentukan (tetapkan) bahawa matlamat dan tujuan manusia diciptakan oleh Allah SWT semata-mata untuk beribadah (berubudiyah ) (yakni memperhambakan diri) kepada Allah, maka dapat difahami bahawa pentas dunia adalah Mihrab tempat beribadah dalam artikata sebenarnya. Tempat untuk hamba-hamba Allah ini melaksanakan kerja-kerja, amalan-amalan, aktiviti-aktiviti dan program-program yang syar'i. (yang tidak berlawanan dengan hukum Syara', yakni hukum Allah SWT. Dan layak mendapat pahala atau ganjaran baik di sisi Allah SWT. Atas dasar ini maka tempat ibadah itu bukan semata-mata di masjid atau Mushalla sahaja, bahkan rumah-rumah, sekolah-sekolah, dewan-dewan, pejabat-pejabat, ladang-ladang, gedung-gedung perniagaan, kilang-kilang perusahaan, padang permainan, tempat rekreasi dan riadlah, tempat-tempat pelancongan, peranginan dan perkelahan serta kenderaan-kenderaan dan sebagainya akan menjadi ‘Mihrab‘ (tempat ibadah kepada Allah) dan mendapat pahala atau ganjaran baik di sisi Allah sekiranya digunakan dan diurus dengan cara yang dikehendaki oleh ‘Syara' (atau tidak berlawanan dengan hukum ‘ syara‘ – hukum Allah SWT), bahkan diberi keberkatan serta perlindungan oleh Allah SWT. Perhatikanlah firman Allah dalam al Quran ayat 55 Surah an Nuur :



Maksudnya: “ Allah SWT. telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman diantara kamu serta orang-orang yang beramal Shaleh bahawa mereka akan diberi warisan kekuasaan di muka bumi ini sepertimana telah diberikan kepada orang-orang sebelum mereka dan akan diteguhkan kedudukan Din (jalan hidup mereka) yang telah diredhai untuk mereka, juga (Allah SWT. ) akan gantikan suasana ketakutan mereka dengan suasana keamanan. Mereka memperhambakan diri (beribadah) kepada Aku (yakni kepada Allah) dan tidak melakukan sebarang syirik terhadapKu (Allah) dengan sesuatu jua. “
Akhi Muslim!
Konsep dan Tasawur dunia atau bumi ini sebagai ‘Mihrab‘ (tempat ibadah – memperhambakan diri kepada Allah) bukan ajaran baru, tetapi itulah hakikat ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan telahpun terbentuk suatu jamaah bahkan umat yang benar-benar menghayati 'ubudiyah (pengabdian) kepada Allah dalam semua aspek kehidupan mereka iaitu lahir generasi awal Islam di bawah pimpinan dan bimbingan Rasulullah SAW di zaman Madany berpusat di Madinah Al munawwarah bahkan lahir pemerintahan yang melaksanakan hukum-hukum yang diwahyukan oleh Allah SWT.
Akhi Muslim!
Sewajarnya apabila kita telah menganut Islam – menjadi orang-orang yang beriman kepada Allah SWT, maka hidup kita mestilah mengikut cara hidup Islam dalam semua bidang dan semua hal dan sekaligus mengketepikan cara hidup serta budaya hidup yang tidak Islamik. Hendaknya kita sedar bahawa dalam kehidupan di dunia ini terdapat banyak golongan manusia dengan cara dan matlamat hidup masing-masing. Sehubungan dengan itu Mujahid Islam Fathi Yakan dalam kitabnya ‘ Madza Ya'ni Intima'i Lil Islam‘ telah membahagikan manusia kepada tiga (3) golongan :
Pertama : Golongan yang hidup untuk dunia semata-mata.

Mereka ini adalah golongan yang berfaham kebendaan. Golongan tersebut digelar ‘Addahriyyun‘. Mereka tidak beriman adanya Hari Qiamat (Hari Akhirat). Hal mereka itu telah dijelaskan Allah SWT dalam al Quran ayat 29 Surah al An’aam :


Maksudnya: “ Dan mereka telah berkata : Tidak ada kehidupan melainkan kehidupan kita di dunia ini sahaja dan kita tidak akan dibangkitkan kembali (setelah mati). “

Kedua : Golongan yang sesat diantara dunia dan akhirat.

Golongan ini mengaku beriman, tetapi sesat dalam amalan dan aktiviti hidup mereka sedang mereka menyangka bahawa mereka melakukan kebaikan. Sehubungan ini al Quran telah menjelaslan dalam ayat 103 – 104 Surah al Kahfi:


Maksudnya: “ Katakanlah. Mahukah Kami (Allah) beritahu kepada kamu keadaan orang-orang yang amat rugi amalan mereka. Iaitu orang-orang yang sesat (sia-sia) usaha mereka dalam kehidupan di dunia ini sedangkan mereka menyangka bahawa mereka melakukan usaha-usaha (kerja-kerja) yang baik. “

Ketiga : Golongan Mukmin sebenarnya yang menganggap dunia ini ibarat ladang untuk akhirat

Mereka ini mengetahui hakikat hidup dan nilai hidup di dunia berbanding dengan akhirat. Mereka benar-benar faham firman Allah SWT dalam ayat 32 Surah al An’aam :


Maksudnya: “ Kehidupan dunia ini tiada lain melainkan (ibarat) permainan dan senda gurau sahaja. Sedangkan kampong akhirat (tempat tinggal di Hari Akhirat) itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa. Apakah anda semua tidak memikirkan hal tersebut?.

Bagi orang-orang yang yakin bahawa dunia ini ibarat ladang untuk Hari Akhirat, mereka anggap dunia ini juga satu medan perlumbaan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT serta mencari keredhaanNya (mardlatillah) semata-mata. Seluruh hidup mereka diwaqafkan untuk kerja-kerja Islam –Khidmah Dinillah -, ilmu pengetahuan, kepakaran, kemahiran, hartabenda, tenaga mereka dicurahkan bagi mencapai keredhaan Allah SWT.



Maksudnya:''Dan diantara manusia ada orang yang mengorbsnksn dirinya karena mencari keredlaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambanya''.( Surah Al Baqarah ayat 207).
Akhi Muslim!
Hidup sebagai Muslim Mukmin yang bertaqwa kepada Allah adalah suatu tuntutan Allah (Taklip Rabbani). Kita dituntut membuang aqidah-aqidah yang lain, hanya dikehendaki mengambil pakai aqidah Islam sahaja – aqidah Iman dan Tauhid kepada Allah SWT semata-mata. Dikehendaki kita beribadah hanya kepada Allah s.w.t sahaja., dikehendaki berakhlaq dengan akhlaq Islam sahaja, dikehendaki mengikut Jalan Islam sahaja – jalan yang diberi jaminan dan diredhai oleh Allah SWT, kita dikehendaki buangkan fikrah-fikrah yang lain, hanya ambil pakai Fikrah Islam sahaja, kita dikehendaki waqafkan segala tenaga dan usaha kita untuk Islam, agar Islam kembali berkuasa. Allah SWT telah berjanji untuk memnbeli jiwa raga dan hartabenda orang-orang Mukmin dengan bayaran yang amat mahal iaitu ‘Al Jannah‘ (Syurga Allah di Hari Akhirat). Firman Allah dalam ayat 111 Surah at Taubah :


Maksudnya: “ Bahawa sesungguhnya Allah SWT membeli daripada orang-orang Mukmin itu diri dan hartabenda mereka dengan menganugerahkan ‘AL Jannah‘ (syurga) untuk mereka (sebagai ganjarannya). “
Akhi Muslim!
Marilah kita beriman dan penuh yakin kepada janji Allah SWT. Syurga adalah ganjaran baik bagi orang Mukmin yang taat serta iltizam terhadap ajaran Allah SWT– ‘Al Jannah‘ (Syurga Allah di Hari Akhirat) itu adalah termasuk di dalam perkara-perkara ghaib (Al umur ghaibiyah) yang tidak dapat dijangkau dengan aqal semata-mata, tetapi dijangkau dengan keImanan yang teguh kepada Allah SWT kerana aqal manusia amat terbatas, tidak dapat mengetahui perkara-perkara yang ghaib melainkan diberitahu melalui wahyu Allah SWT yang telah disampaikan kepada RasulNya. Dan Allah SWT menjadikan Iman terhadap perkara-perkara ghaib itu salah satu daripada ukuran serta pengenalan bagi mengenal orang-orang yang bertaqwa (AlMuttaqin). Firman Allah :


(Surah al Baqarah ayat 2 hingga 5)
Maksudnya: “ Itulah kitab (al Quran) yang tiada sebarang keraguan di dalamnya. Menjadi pertunjuk (bimbingan) bagi orang-orang yang bertaqwa ; iaitu orang-orang yang beriman terhadap perkara ghaib (seperti hal-hal yang berlaku di Hari Akhirat) dan mereka yang mendirikan solah serta memberi infaq (Infaq fi sabilillah) sebahagian rezeki yang Kami (Allah) kurniakan. Dan orang-orang yang berIman kepada wahyu yang telah diturunkan kepada engkau (Nabi Muhammad SAW) juga wahyu yang telah diturunkan (kepada Rasul-rasul) sebelum engkau. Juga mereka yang beriman (penuh yakin) adanya Hari Akhirat. Mereka itulah orang-orang yang berada di dalam Hidayah Allah dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kejayaan (kebahagiaan) (di sisi Allah SWT).
''wassalam''
JH
Sumber rujukan
. ماذا يعنى إنتمائى للاسلام - فتحى يكن
. طريق الدعوة – مصطفى مشهور

HADITH: MENGENAI NIAT


عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب (رضي الله عنه) قال: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول: "إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه". (رواه إماما المحدّثين: أبو عبدالله محمـد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري الجعفي، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة).
Maksudnya:

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih”

Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.

Keterangan hadith:

1. Niat adalah penting untuk membezakan antara ibadat dengan adat. Niat itu penting untuk membezakan antara amalan yang ditujukan kepada Allah atau kepada yang lain selain Allah.
2. Ibadah, seperti solah dan puasa, wajib diniatkan kepada Allah agar diterima oleh Allah Subhanahuwata’ala.
3. Perkara atau amalan yang diharuskan oleh syara’ jika ditujukan kepada Allah akan menghampirkan seseorang dengan Allah dan akan diberi pahala serta dikira sebagai ibadah. Contohnya, makan minum, memberi nafkah kepada anak/isteri, bergaul dengan isteri – akan dikira ibadah sekiranya dilakukan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Pengajaran-pengajaran:

1. Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik.
2. Amalan yang buruk tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik.
3. Amalan yang dianggap baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik.
4. Demikian juga, amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seperti kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.
5. Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat.
6. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
7. Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
8. Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.


(Dari Hadith Arbain, Imam Nawawi)
Related Posts with Thumbnails