Tuesday, May 4, 2010

MUTIARA HIKMAH



بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah swt dalam surah Al baqarah ayat 269:
يُؤْتِى الْحِكْمَةَ مَن يَشَآءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِىَ خَيْرًا كَثِيرًا
Maksudnya: Allah memberikan Hikmah kebijaksanaan(ilmu yang berguna)kepada sesiapa yang dikehendakiNya(menurut aturan yang ditentukanNya)Dan sesiapa yang diberikan Hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak.

Berdasarkan firman Allah swt ini,ingin saya memaparkan kepada anda sekelian beberapa potongan mutiara hikmah untuk dikongsi.Semoga menjadi panduan dan amalan bersama.

Ilmu dan Hikmah

Firman Allah swt dalam surah Al alaq ayat 1 – 5:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِى خَلَقَ ﴿1﴾ خَلَقَ الإِنسَـنَ مِنْ عَلَقٍ﴿2﴾ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ ﴿3﴾ الَّذِى عَلَّمَ بِالْقَلَمِ﴿4﴾ عَلَّمَ الإِنسَـنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿5
Maksudnya:Bacalah(wahai Muhammad)dengan nama Tuhanmu yang menciptakan(sekalian makhluk).Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.Bacalah,dan Tuhanmu yang maha permurah.Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahiunya.

Sabda Rasulullah saw:
لكل شيء طريق و طريق الجنة العلم
Setiap perkara ada jalan,dan jalan untuk ke syurga ialah ilmu.

Berkata Imam As Syafie:
Tuntutlah ilmu sebelum kamu menjadi pemimpin,apabila kamu menjadi pemimpin maka tiada ruang untukmu menuntut ilmu.

Seorang bijak sana pernah berkata:
Ilmu yang tidak bermanfaat umpama ubat yang tidak menyembuhkan.

Masa

Firman Allah swt dalam surah Al asr ayat 1 – 3:
وَالْعَصْرِ﴿1 ﴾ إِنَّ الإِنسَـنَ لَفِى خُسْرٍ﴿2﴾ إِلاَّ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّـلِحَـتِ وَتَوَاصَوْاْ بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْاْ بِالصَّبْرِ ﴿ 3
Maksudnya:Demi masa!.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Sabda Rasulullah saw:
نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس الصحة و الفراع
Dua nikmat yang manusia sering terpedaya padanya iaitu nikmat kesihatan dan kelapangan

Kata Imam Hasan Basri:
Sesungguhnya kamu wahai manusia ibarat bilangan,apabila berlalu bagimu satu hari bererti telah berlalu sebahagian daripadamu


Seorang bijak sana pernah berkata:
Siapa yang menghabiskan masa mudanya dengan sesuatu keadaan ia akan berada pada keadaan yang sama di masa tua kelak

Ibadat dan amalan

Firman Allah swt dalam surah An nahl ayat 97:
مَنْ عَمِلَ صَـلِحاً مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَوةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ﴿ 97
Maksudnya:Sesiapa yang beramal salih,dari lelaki atau perempuan,sedang ia beriman,maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik,dan sesungguhnya kami akan membalas mereka,dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.

Sabda Rasulullah saw:
لن يشبع مؤمن من خير حتى يكون منتهاه الجنّة
Orang mukmin tidak akan puas untuk melakukan kebaikan sehinggalah balasannya adalah syurga

Berkata Imam As Syafie:
Kebaikan dunia dan akhirat terletak pada 5 perkara iaitu:kaya diri,menahan diri daripada kejahatan,mencari rezeki yang halal,sifat taqwa,sentiasa meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap Allah.

Seorang bijaksana pernah berkata:
Sebaik-baik kebaikan adalah iaitu membantu orang yang memerlukan pertolongan.

Tasawup dan akhlak

Firman Allah swt dalam surah Al qalam ayat 4:
وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ ﴿4
Maksudnya:Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia.

Sabda Rasulullah saw:
الإحسان أن تعبد اللّّه كاأنك تراه فإن لم تكنْْ تراه فإنه يراك
Ehsan adalah kamu menyembah Allah seolah - olah kamu melihatnya.Jika kamu tidak mampu mencapai darjat tersebut,maka yakinlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan dirimu.

Telah berkata Imam Al Ghazali:
Bagaimana bayang akan lurus sedangkan pohon itu bengkok?

Imam As Syazuli pernah berkata:
Diantara tanda selamat di dalam beragama adalah tidak tamak terhadap makhluk.

Akhirat dan kematian

Firman Allah swt dalam surah Al qasas ayat 83:
تِلْكَ الدَّارُ الاٌّخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لاَ يُرِيدُونَ عُلُوّاً فِى الاٌّرْضِ وَلاَ فَسَاداً وَالْعَـقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ﴿83
Maksudnya:Negeri akhirat(yang telah diterangkan ni'mat-ni'matnya)itu,kami untukkan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Sabda Rasulullah saw:
اللهم لا عَََيْْشََ إلا عيشُُ الأخرة
Ya Allah,tiadalah kehidupan(sebenar)melainkan kehidupan di akhirat.

Berkata Saidina Ibnu Abas R.A:
Tiada kerehatan bagi orang beriman melainkan setelah bertemu dengan Allah.

Berkata Syaidina Othman R.A:
Tempatnya Cuma dua:syurga atau neraka,pilihlah untuk dirimu dimana kamu ingin berada.

Peringatan dan nasihat

Firman Allah swt dalam surah Adz dzaariyaat ayat 55:
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ ﴿55
Maksudnya:Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.

Sabda Rasulullah saw:
الدّّينُ النََّّصيحة
Agama Islam itu terbina di atas nasihat - menasihati

العَذاب إذا نزل عمّ
Azab itu jika turun akan melata

الدنيا تهرب من الطّّالب منها و تطلب من الهارب منها
Dunia lari dari orang yang memburunya dan memburu orang yang lari daripadanya.

Berkata Imam As Syafie:
Tuntutlah ilmu sebelum kamu menjadi pemimpin,apabila kamu menjadi pemimpin maka tiada ruang untukmu menuntut ilmu.

Seorang bijak sana pernah berkata:
Ilmu yang tidak bermanfaat umpama ubat yang tidak menyembuhkan.

PERINGATAN:bukanlah kata-kata hikmah ini cuba untuk disamaratakan dengan keindahan bahasa Al-Quran dan Al-Hadith.Secara jelas kitab suci Al-Quran dipenuhi dengan hikmah itu sendiri.Hadith pula tidak kurang hebatnya dan baginda SAW adalah penghulu seluruh ahli hikmah.

oleh:ahluhum
Related Posts with Thumbnails