Monday, April 26, 2010

Nikmat Dunia



Nikmat manusia adalah duniawi dan nikmat yang paling baik adalah disisi allah s.a.w.yakni syurga sepertimana firman allah dalam surah ali imran ayat ke 14:
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Maksudnya:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Didalam ayat ini Allah swt telah menceritakan kepada kita nikmat-nikmat dunia. Nikmat yang disebutkan di dalam ayat ini adalah kecintaan kepada wanita, atau apabila wanita bererti kecintaan kepada lelaki. Disebutkan nikmat ini terlebih dahulu kerana nikmat inilah yang paling banyak menguasai hidup manusia, bahkan di dalam sebuah hadith disebutkan bahawa wanita-lah sebaik-baik kesenangan dunia. Rasulullah bersabda: ”Dunia itu suatu kesenangan ; dan sebaik-baik kesenangannya adalah wanita shalehah” (H.R. Muslim)
Namun mesti diingat, melalui nikmat ini pulalah syaitan banyak memperdaya; sehingga Rasulullah memper-ingatkan kita: ”Tidak ada satu fitnah-pun yang lebih besar sepeninggalku nanti bagi lelaki melainkan wanita”. [H.R. Bukhari dan Muslim]
Harta kekayaan adalah nikmat yang Allah berikan kepada manusia untuk kesenangan dunia.Dan harus dingat kesenangan itulah membuatkan kita lupakan Allah yang telah memberikan kepada kita kesenangan dan kita lalai dalam kesenangan,meninggalkan apa sahaja suruhanNya mengerjakan apa yang dilarang.Terus bergelumang dosa dengan nikmat yang Allah berikan.
Namun yang mesti difahami adalah; apabila Allah yang menjadikannya indah maka tujuannya untuk membahagiakan manusia, tetapi apabila syaitan yang menjadikan indah maka tujuannya untuk menyengsarakan manusia. Ujung ayat itu menerangkan kepada manusia bahawa jangan mencukupkan diri dengan memperoleh nimat-nikmat di dunia ini sahaja, tetapi mestilah berusaha untuk mendapatkan nikmat-nikmat yang lebih baik dan lebih sempurna lagi; iaitu yang akan diterima di akhirat kelak.
Didalam ayat ini disebutkan bahawa akhirat sebagai tempat kembali (maab) kerana di tempat itulah manusia kembali menemui Tuhan mereka, kerana sesungguhnya kita datang daripada Allah dan kita akan kembali kepada-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat nikmat di dunia ini dan juga di akhirat nanti, Aamiin.
sumber( Tafsir Al-Ma’rifah karangan Dr. Musthafa Umar).

Friday, April 16, 2010

Meruntuh Pyramid Hati


Firman Allah swt dalam surah Arra’du ayat 11:

لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

yang bermaksud : “ sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri “.
Hadits rasul saw yang bermaksud : ketahuilah bahwa sesungguhnya di dalam jasad ada segumpal daging, apabila ianya baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila ianya rosak maka rosaklah seluruh jasad, ianya adalah hati. ( riwayat Bukhari dan Muslim ).
Yang dimaksudkan hati dalam hadits ini adalah hati dari segi ma’nawi atau dalaman dari jiwa insan itu sendiri, tidak ada seseorang pun yang mengetahuinya melainkan Allah swt.
Sebenarnya tumpuan atau fokus dan sasaran tarbiyah adalah hati, oleh itu dalam menjalani proses tarbiyah kita harus sentiasa menyediakan hati, terutama dalam setiap kali pertemuan tarbawi yang kita ikuti. Penyediaan hati ini terlalu penting karena menentukan sampai atau tidaknya tarbiyah kepada sasarannya. Berapa ramai mereka yang mengikuti program tarbawi tetapi tidak menyediakan hati maka laksana mengukir diatas air, Sedikit atau ramai bilangan bukanlah menjadi neraca penilaian kita akan tetapi bersedia atau belum bersediakah hati seseorang menerima tarbiyah itu sendiri.
Kalaulah boleh ana ibaratkan disini, ketika melihat Pyramid dan sungai Nil di Mesir ini terkadang ana berfikir bahwa jika seseorang itu ingin menerima siraman tarbawi maka terlebih dahulu dia harus meruntuhkan Pyramid yang ada pada hatinya dan merobahnya menjadi lembah sungai Nil.
Sebanyak apapun air yang yang dituangkan diatas puncak Pyramid itu namun air tidak akan bertahan diatas puncak, air mengalir kebawah, Pyramid tetap kering, puncaknya tetap meruncing meninggi diri. Lain pula halnya dengan lembah sungai Nil dengan kerendahan hati sentiasa bersedia menerima. Airnya tetap tenang, bahkan memberi banyak manfaat bagi kehidupan manusia, sehingga ada yang mengatakan kalaulah tidak ada sungai Nil maka tidak ada pula Mesir.
Jadi, selama seseorang itu tidak meruntuhkan Pyramid hatinya dan merobahnya dengan lembah sungai Nil, maka selama itu juga dia akan sukar menerima tarbiyah atau hatinya belum bersedia menerima tarbiyah itu sendiri.
Hati kita harus menyerah sepenuhnya kepada tarbiyah ( Islamiyah ) barulah akan membawa perubahan terhadap diri. Kita perlu berjanji dengan Allah dengan satu perasaan yang penuh yaqin bahwa kita tidak berada dalam keadaan terpaksa ataupun dipaksa untuk menerima tarbiyah ataupun melaksanakan tarbiyah, karena kita merasa tarbiyah ini adalah sebahagian daripada kehidupan sepertimana udara dan air, karena kesehatan iman kita bergantung kepada tarbiyah, tarbiyah kita kurang berkesan di antaranya adalah di sebabkan hati yang kurang persediaan.
Kalau hati sudah terpaut dengan tarbiyah niscaya hati akan mudah dirasuk hidayah. Semoga Allah swt menetapkan hati – hati kita berada dalam tarbiyah islamiyah ini dan diberi kekuatan juga kemampuan untuk sentiasa berusaha merobah diri kearah yang lebih baik dalam meningkatkankan ketaatan dan memperkukuh hubungan dengan Allah swt.

Oleh:
ibn_rum@yahoo.com

Saturday, April 10, 2010

Manusia,Malaikat&syaitan




Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!nak ke kuliah
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke kuliah..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? nanti belajar sendiri kat rumah

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia
- Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
firman allah:

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا( 7)َفَأْلهَمَهَا ُفجُورَهَا وَتَقْوَاهَا( 8)َقدْ َأفَْلحَ مَنْ زَكَّاهَا( 9)وََقدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

Maksudnya:
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang
sesuai dengan keadaannya);
8- Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang
membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;

9-Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambahtambah
bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10- Dan sesungguhnya hampalah
orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya
(dengan sebab kekotoran maksiat). (Surah Asy-Syams 91: Ayat 7-10)

*Kesemuanya terserah diri kita untuk menentukan hala tuju kehidupan kita.Segalanya telah allah kurniakan kepada kita.Kalau kita inginkan kebahagian akhirat insyallah kebahagian dunia akan mencari kita,tapi kita terlalu megejar dunia yang fana ini makanya rugilah pada akhirat nanti.Moga moga kita tergolong daripada muslim yang bertakwa.

Wednesday, April 7, 2010

SERSAN

Serius Tapi Santai (SERSAN)suasana seperti ini haruslah diwujudkan dalam proses melalui wasilah-wasilah tarbiyah yang ada, terutamanya pertemuan mingguan kita (usrah) serius bukanlah terlalu tegang dan juga santai bukanlah terlalu longgar. Jika terlalu tegang maka suasana akan terasa seram dan kaku sehingga sukar untuk kita mendapatkan idea-idea antara satu dengan yang lain dikalangan anggota, begitu juga jika terlalu longgar ditakuti suasana akan berubah menjadi suasana yang lalai. Sekiranya ada unsur yang akan menjurus kepada suasana lalai ini seperti gelak ketawa atau senda gurau maka cepatlah dipadamkan sebab ditakuti kita akan tidak serius dalam membicarakan prihal Din kita.
Oleh itu kita harus memahami betul-betul tujuan tarbiyah dan kepentingannya yang cukup besar. Dan sekiranya kita laksanakan hanya sambil lewa tanpa keseriusan maka tujuan yang kita ingini mustahil akan dapat dicapai, karena pertemuan tarbawi telah berubah menjadi pertemuan biasa, lebih-lebih lagi masa pertemuan yang sangat terbatas dan singkat mestilah dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Gelak ketawa dan senda gurau memang terkadang diperlukan dalam kehidupan tapi cukuplah ianya hanya ibarat asam garam didalam makanan.
Jadi untuk mewujudkan suasana serius tapi santai ini perlu adanya kerjasama antara satu dengan yang lain supaya dapat memberi kesan perubahan kepada yang lebih baik untuk mencapai tujuan tarbiyah islamiyah itu sendiri.
Oleh:
ibn_rum@yahoo.com

BUKAN IMAN YANG MANDUL

Ini salah satu ciri kita, apa pun perkaranya kita ingin cuba kaitkan dengan ke imanan atau hubungan kita dengan Allah Subhanahuwata’ala. Perkara iman ini kita akan ulang-ulangkan selalu tanpa jemu, ini trend kita, dan sekiranya ada yang tidak suka akan trend ini maka dia akan didapati berbeza.
Sebab Iman ini adalah merupakan ruh, apa yang berlaku sekiranya tubuh tanpa ruh? tubuh akan kaku tidak bergerak, ataupun ketika ruh kita dipegang oleh Allah Subhanahuwata’ala untuk sementara waktu (tidur) tubuh tidak bergerak kalaupun bergerak ianya dibawah sedar dan tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Tapi jika ruh tersebut dimasukkan kembali maka tubuh akan bergerak semula dan sedar apa yang berlaku di sekelilingnya.
Jadi, begitu juga halnya dengan keimanan seseorang, iman (iman yang sebenar) laksana ruh, iman inilah yang menggesa kita untuk melakukan amal sholeh dan iman ini jugalah yang menyekat kita dari melakukan amal tholeh dan iman ini jugalah yang memacu kita dalam menegakkan amar makruf dan nahi munkar.
Iman yang sebenar adalah iman yang membuahkan amal (muntij) bukan iman yang mandul (‘aqim) karena amal adalah pembuktian dari keimanan. Rasulullah saw mengisyaratkan “Iman bukanlah sekedar angan-angan atau dakwaan akan tetapi suatu penetapan di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan (musnad Addailami)”. Lagi pula kita tidak mau melaksanakan satu taklip atau tanggungjawab tanpa ruh (syuur keimanan). Karena satu taklip tanpa ruh (syuur keimanan) akan menjadi suatu bebanan yang dirasai sangat berat, atau akan menjadi suatu tanggungjawab yang mati dan tidak bersemangat.
Jadi kita perlu sentiasa jaga supaya setiap tanggungjawab kita mempunyai ruh atau kita lakukan diatas kesedaran iman. Dan juga supaya kita merasai kelazatan dalam menjalankan sesuatu taklip ataupun tanggungjawab.
Oleh itu kita perlu sentiasa sentuh, ulang-ulangkan, memupuk dan menyegarkan keimanan serta merawat jiwa kita dengan rawatan rabbani, sebab bukan mudah untuk memperolehi syuur keimanan yang seperti ini. Allah Subhanahuwata’ala berfirman ’’Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah (Al Baqarah :165)’’ dan di dalam hadits disebutkan ’’apabila iman itu telah merasuk kedalam hati seseorang dia akan merasa lapang, tenteram dan tenang’’.( riwat At Tarmizi )
Itu sebabnya kalau sesuatu perbincangan yang di sana sedikitpun tidak menyentuh tentang iman atau perbincangan yang tidak membuahkan amal, tidak mengarah kepada perubahan dan peningkatan diri, ini kita anggap sebagai satu kerugian besar.
Mudah-mudahan tulisan singkat ini bermanfaat bagi kita semua. Ana minta ma’af jika tulisan ini tidak sepertinya dan sentiasa membuka pintu pembenahan seluas-luasnya.
Oleh:
ibn_rum@yahoo.com
Related Posts with Thumbnails