Monday, April 26, 2010

Nikmat Dunia



Nikmat manusia adalah duniawi dan nikmat yang paling baik adalah disisi allah s.a.w.yakni syurga sepertimana firman allah dalam surah ali imran ayat ke 14:
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Maksudnya:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Didalam ayat ini Allah swt telah menceritakan kepada kita nikmat-nikmat dunia. Nikmat yang disebutkan di dalam ayat ini adalah kecintaan kepada wanita, atau apabila wanita bererti kecintaan kepada lelaki. Disebutkan nikmat ini terlebih dahulu kerana nikmat inilah yang paling banyak menguasai hidup manusia, bahkan di dalam sebuah hadith disebutkan bahawa wanita-lah sebaik-baik kesenangan dunia. Rasulullah bersabda: ”Dunia itu suatu kesenangan ; dan sebaik-baik kesenangannya adalah wanita shalehah” (H.R. Muslim)
Namun mesti diingat, melalui nikmat ini pulalah syaitan banyak memperdaya; sehingga Rasulullah memper-ingatkan kita: ”Tidak ada satu fitnah-pun yang lebih besar sepeninggalku nanti bagi lelaki melainkan wanita”. [H.R. Bukhari dan Muslim]
Harta kekayaan adalah nikmat yang Allah berikan kepada manusia untuk kesenangan dunia.Dan harus dingat kesenangan itulah membuatkan kita lupakan Allah yang telah memberikan kepada kita kesenangan dan kita lalai dalam kesenangan,meninggalkan apa sahaja suruhanNya mengerjakan apa yang dilarang.Terus bergelumang dosa dengan nikmat yang Allah berikan.
Namun yang mesti difahami adalah; apabila Allah yang menjadikannya indah maka tujuannya untuk membahagiakan manusia, tetapi apabila syaitan yang menjadikan indah maka tujuannya untuk menyengsarakan manusia. Ujung ayat itu menerangkan kepada manusia bahawa jangan mencukupkan diri dengan memperoleh nimat-nikmat di dunia ini sahaja, tetapi mestilah berusaha untuk mendapatkan nikmat-nikmat yang lebih baik dan lebih sempurna lagi; iaitu yang akan diterima di akhirat kelak.
Didalam ayat ini disebutkan bahawa akhirat sebagai tempat kembali (maab) kerana di tempat itulah manusia kembali menemui Tuhan mereka, kerana sesungguhnya kita datang daripada Allah dan kita akan kembali kepada-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat nikmat di dunia ini dan juga di akhirat nanti, Aamiin.
sumber( Tafsir Al-Ma’rifah karangan Dr. Musthafa Umar).
Related Posts with Thumbnails